Resepi Nasi Serai

RESEPI NASI SERAI | selamat petang korang,makan apa tengahari tadi...mesti makan sedap-sedap kan...al maklumlah hari2 minggu ni lah masa yang sesuai untuk mengasah bakat kita sebagai tukang masak hihi....
 Nasi Serai ni sedaplah....tak muak langsung,malah rasa serai tu yang akan membangkitkan selera kita..dari satu pinggan tak perasan dah menambah pinggan yang kedua pulak...haha...macamana lah nak kurus kan...asyik makan sedap jer...
Hari ni tah apa nasib,semangat tetiba membuak2 nak masak yang sedap2......memandangkan bahan2 dah ada kat rumah,resepi pulak senang giler...jomlah kita merajinkan diri di dapur... 

Bahan2nya....
4 cwn beras basmathi
4 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

Cara memasak
1. Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
7. Masak dlm rice cooker hingga masak.
Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah....bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.


Resepi Nasi serai
Resepi Nasi serai


**nasi serai ni sedap dimakan dengan ayam masak merah tau...tapi kak lina tukar selera makan dengan udang masak sambal...erm....makan pulak panas-panas tadi....hahaha memang sedap giler lah cite dia...korang cuba lah eh...

kat bawah ni kak lina sertakan video...lagi senang nak hadam....yang penting nak masak ni kita kena ikhlas memasak untuk anak2 dan suami..

SELAMAT MENCUBA


7 comments:

  1. Sedapnya Lina. Meh POS Shah alam sikit

    ReplyDelete
  2. Sambal udang jahat tu lina. Sedapnya :)

    ReplyDelete
  3. Uishhhh terliur pula saya nak rasa nasi serai ni. Macam sedap juga tu hehe.

    ReplyDelete
  4. Sajer jer la Lina ni.....akak dah makan nasi tau tadi...baru ingat nak diet nasi semula...

    ReplyDelete
  5. Uih.. tgk pun dah sedap ni. Tq kongsi resepinya kak.

    ReplyDelete
  6. menarik.. thanks kongsi resepi. btol kadang2 xde idea nak makan apa..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.