Petua kurangkan pedas pada sambal tumis

Petua kurangkan pedas pada sambal tumis|  Pernah tak korang masak sambal tumis pastu terpedas...haha ....kak lina la tu selalu masak terpedas...kadang2 kan cili kering pun ada jenis2 yang pedas kan...selalu kak lina beli cili kering yang macam  gambar bawah ni...nasib la kan...kadang2 kedai A tak pedas cilinya...Tapi beli kat kedai B pedas pulak cilinya..padahal cilinya sama jenis dan rupa je kak lina tengok...

Image result for lada kering

Biasanya kak lina buat sendiri cili kisar ni,tak berapa suka cili kisar yang beli kat luar tu...yelah selain tak menepati citarasa,kita tak tahu tahap kebersihan cili kisar tu kan..di sini kak lina share cara nak buat cili kisar.

1) Gunting cili kering
2) Buangkan biji
3) Basuh bersih
4) Celur bersama air panas mendidih/rebus
5) Bland hingga lumat

Ok...kita sambung cerita pasal sambal terlajak pedas...aduii camne tah boleh terpedas..anak anak kak lina tak tahan pedas pulak tu...makan sambil minum air...ala kesian pulak tengok...kalau tekak mak dia malas dah nak ejas...pedas pun bedal jelah hihi...

Jangan risau...senang je nak ejas kepedasan sambal tumis ni...jom tengok petua dia..

1)Blender bawang besar sebiji,tambah air asam jawa sedikit dan tambah gula sedikit
   -pandai2 la korang ejas gula ngan air asam tu...kang lain pulak rasa dia.

2)Hiris bawang besar banyak2...insyaallah bawang besar akan mengurangkan pedas sambal tumis tu.

Korang ada petua lain lagi ke???mehla share kat sini...senang jadi panduan di masa akan datang nanti..

Alhamdulilah memang menjadi lah petua yang kak lina share tu...dah kurang pedas dan budak2 boleh makan dengan gembira hihi...selamat mencuba.....


Petua kurangkan pedas pada sambal tumis
Petua kurangkan pedas pada sambal tumis

8 comments:

  1. kalau ai, bawang dah siap blend sekali dengan cili. dan bila buat sambal tumis tu wajib ada air asam. Kalau tak rasa dia akan jadi pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan..kata orang air asam tu seimbangkan pedas lada..

      Delete
  2. Petua yang baik.. Paling penting buang segala bijik lada.. Kalau tak memang pedas gile.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula lea....hari ni terpedas pulak masak sambal....terpaksalah masak balik ejas apa yg patut hihi

      Delete
  3. Kita pon suka buat sendiri tau..bile beli tu mcm pelik rasa dan bau dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....pelik je rasa dia...penat je msk nnt xsedap rasa dia...

      Delete
  4. Tq Lina. Mmg bagus tips ni. Satu lagi letak belacan pun boleh kan..Wah bila tukar domain.. Tahniah ye utk Kita berdua

    ReplyDelete

Powered by Blogger.