Ketam Masak Lemak Cili Api

by - August 13, 2017


Ketam Masak Lemak Cili Api| Salam semua....hihi hari ni berlemak ketam la pulak ye...dah lama tak masak ketam ni sebenarnya,kebetulan semalam besday rayyan...dia pulak demam...so permintaan orang demam tak boleh la nak tolak haha...hari-hari bising nak makan ketam..

Hari ni kak lina tunaikanlah permintaan budak demam tu.kak lina beli 3 ekor ketam sedang...rm 22.00 ok tak eh...tak tau harga sebab jarang beli...hihi..

Ketam Masak Lemak Cili Api ni kak lina campur kan telur 2 biji untuk memekatkan kuah santan kita tu.

Jom tengok resepi di bawah.




Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan;

3 ekor ketam 
1-2 biji kelapa - santan pekat
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
Garam
1/2 keping asam keping
Serai
Telur 2 biji

Cara cara:
Kisar cili api bersama kunyit-kak lina tumbuk
Satukan bahan kisar bersama santan dan serai
setelah mendidih masukkan ketam,asam keping
jangan lupa tambahkan sedikit gula dan garam.
Akhir sekali pecahkan telur.

Dah siap...bolehlah dimakan..senang kan masak ni...inilah cara kak lina simple dan mudah.selamat mencuba..

You May Also Like

13 comments

  1. Feveret ni .sedap makan nasi putih panas-panas kan . Lagi sedap kalau ketam tu byk isi

    ReplyDelete
  2. Wahhh sedapnye... terliur2.. hehe

    ReplyDelete
  3. Feveret suami sy nih.kuah nmpk pekat

    ReplyDelete
  4. favorite sy ni Lina...issh terliur pulak nengok nii...

    ReplyDelete
  5. Sedap.
    Kalau beli ketam pilih yang betina, banyak telur.
    Tapi harga ketam sekarang mahal giler

    ReplyDelete
  6. wa pandai masak! I wish I can cook too

    ReplyDelete
  7. Looks yummy! I love crabs, I think any dish with crabs heheh!

    ReplyDelete
  8. Fav ana ni. Sedapnya linaaaa. Terliur teruk ni.

    ReplyDelete
  9. My favorite! This looks so yummy!! The crab is so fresh =D

    ReplyDelete
  10. Very yummy recipe. Should try out.

    ReplyDelete
  11. salam kenal kak lina. Kunjung balas dan dag follow blog kak lina...tq anyway.

    ReplyDelete



Popular Posts