Hijab Shampoo Dari NATURAL ELIXIRS

Hijab Shampoo Dari NATURAL ELIXIRS| Assalamualaikum korang...apa khabar semuanya? kak lina harap korang sihat-sihat lah ye...hari ni kak lina nak kenalkan korang dengan shampoo hijab dari NATURAL ELIXIRS.

Masa mula-mula dapat produk ni,kak lina rasa ekcited sangat tau,yelah memang sesuai sangat lah dengan kak lina yang berhijab ni..tak sabar tau nak cuba..sampai je hijab shampoo  ni,kak lina dengan pantas terus cuci rambut dengan shampoo hijab ni...

Bila tuang je kat tapak tangan kak lina terkejut jugak...eh tak de warna lah....organic sangat...happy sangat lah sebab shampoo ni menepati citarasa kak lina..



Korang tengok lah botol dia cantik sangat...i like blue colour hehehe....korang tau tak hijab shampoo ni wangi giler tau...bila kita cium je macam ada satu perasaan pelik...bau dia yang nyaman dan organic tu akan membuatkan mata kita terpejam sambil menikmati keindahan alam semulajadi sambil terdengar air terjun disekeliling kita....cewah...sampai camtu sekali kan dia punya khayal...




Sebagai wanita yang berhijab kak lina sangat recommended korang cuba hijab shampoo ni,korang mesti akan jatuh cinta dengan tekstur dia yang lembut...malah ia dapat menghilangkan bau yang tidak enak bila kita terlalu lama memakai tudung...seriously kak lina cakap...wangian dari hijab shampoo adalah yang terbaik kak lina pernah bau...unik sangat bau dia...wangi dan lembut..selepas shampoo pula terasa kesegaran di kulit kepala kita...selepas rambut kering pula ermmmm....wangi dan lembut rambutnya,seperti baru lepas mendapat rawatan di salon tau..shampoo ni 2dalam 1 tak perlu menggunakan perapi lagi..terasa rambut lebih bermaya dan segar....





Cakkk....hihi selalu sangat la kak lina selfie kan...jangan jemu ok...ok kak lina nak cerita dengan lebih lanjut tentang HIJAB SHAMPOO NATURAL ELIXIRS



UNTUK SEMUA JENIS RAMBUT

Syampoo dan Perapi Rambut 2-Dalam-1

Formula syampu Hijab menggabungkan bahan-bahan organik **Minyak Nettle,Ekstrak Bunga Kamomil,dan Minyak Tea Tree yang kaya dengan khasiat untuk menguatkan,melindungi,dan mencegah keguguran rambut.

Rambut memerlukan pendedahan yang secukupnya kepada udara dan cahaya matahari untuk memastikan ia sihat dan kuat.Apabila rambut sentiasa bertutup,kulit kepala tidak boleh bernafas membawa kepada pengumpulan sebum berlebihan daripada peluh.Liang menjadi tersumbat,sejurus membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat,berkelemumur,keguguran rambut,rambut nipis dan tidak bermaya.

Formulasi Unik Syampu Hijab:

Membersih dan melembabkan rambut dan kulit kepala
Mengawal pengelupasan semulajadi kulit kepala,menjadikan ia segar semula
Menyeimbangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan
Sifat antioksidan yang melindungi rambut daripada kerosakan awal dan penuaan awal
Memberi tenaga dan menyegarkan semula akar rambut untuk rambut yang berkilat dan          sihat.
Mencegah keguguran rambut dan kelemumur.

INGREDIANT
Aqua,Sodium Laureth Sulfate,Cocamidopropyl Betain,Cocamide DEA,Sodium PCA,Glycerin,Polyquaternium-10,Piroctone Olamine,Tocopherol,**Urtica Dioica,Chamomila Recutita Extract,Melaleuca Alternifolia Leaf Oil,Magnesium Sulfate,Phenoxyethanol,Benzoic Acid,Dehydroacetic Acid,Perfume. **ingrediant from organic farming.

Korang yang berminat tu bolehla tengok di 


Facebook
Natural Elixirs Sdn Bhd http://www.facebook.com/natural.elixirssdnbhd

Twitter
Natural Elixirs Sdn Bhd https://twitter.com/NaturalElixirs

Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd

Instagram
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn

Google +
Natural Elixirs Sdn Bhd

Youtube
Natural Elixirs Sdn Bhd






15 comments:

  1. Wahhh nampak melegakan kepala dan rambut. Shampoo untuk wanita hijab memang susah nak cari yang sesuai. Kadang sesuai kejap je. Pastu muncul kelemumur plak. Kalau dapat satu jenama yang boleh pakai sampai bebila. Memang ruby beli stock setiap bulan. Hahaha. Berapa harga shampoo ni?

    ReplyDelete
  2. Ohh..tak penah guna..sekarang pakai shampoo argan oil from Watsons..sekarang memang dah byk product organic

    ReplyDelete
  3. Adoii gatal kpla i tgok ni.. Kang gatal plk tangan nk bli hahaa

    ReplyDelete
  4. First time dgr shampoo ni. Tercari cari jugak shampoo utk rambut gugur. Byk sgt rambut gugur skrg ni

    ReplyDelete
  5. Wahhh teringin nak cuba. Wangi tak setiap jenis yang di, jual tu?

    ReplyDelete
  6. Good shampoo for Malays. Will recommend it to my friends.

    ReplyDelete
  7. busyra pun dh try dh. boleh la cuba produk bru. hehe

    ReplyDelete
  8. Baru tau kewujudan syampo macam ni. Tq sharing. Nanti nak terjah ig dorang :)

    yanmie
    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  9. Menariknya syampoo ni lina. Nak try lah juga.

    ReplyDelete
  10. design yang menarik kat botol tu.. ok nnti boleh try cari..heheee

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar jenama ni. Macam-macam jenama shampoo untuk wanita berhijab.

    ReplyDelete
  12. lately selalu juga gatal kepala bila berpeluh, rasanya shampoo ini sesuai x?

    ReplyDelete
  13. I have never heard of this product before but I am considering buying it. Do you know if this works with hairball as well?

    ReplyDelete
  14. To buy the Natural Elixirs hijab Shampoo... : http://www.11street.my/productdetail/hijab-shampoo-50016449 or http://www.lazada.com.my/hijab-shampoo-75845235.html?spm=a2o4k.brand-56785.0.0.OD9Y91&ff=1&sc=MdHd&rb=56785

    ReplyDelete

Powered by Blogger.