Sotong Goreng Kunyit


Makan apa hari ni kawan-kawan....kak lina dah habis idea lah nak masak apa...malas betul nak kedapur, lagi2 cuaca asyik hujan je kebelakangan ni kan...rasa nak baring je lepak2 santai2...tapi dah nama hujan tentulah perut lapar kan...

Terpaksalah bongkar-bongkar peti ais cari apa yang ada..ok ada sotong.. haha jom lah kita campak-campak sotong ni..ala...sotong goreng kunyit je uols...menu ringkas tapi sedap...

Walaupun simple...kalau kita makan dengan nasi panas-panas...maunya menambah nasi kan...hihi..jomlah tengok resepi sotong goreng kunyit ni..




BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor sotong bersaiz besar (kurang lebih 1kg)
3/4 camca besar kunyit serbuk
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kemudian hiris bentuk gegelang, cuci dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 25 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum,Masukkan sotong yang kita perap dengan garam kunyit tadi.. besarkan api dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata. 
  3. Tambah garam secukup rasa, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng, hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Serawa Durian

Serawa Durian????suka tak???sedap kan uolss...kak lina suka sangat makan serawa durian dengan roti...tak kisah la pape roti pun...bila makan tak boleh berhenti mengunyah kan...ermmm...sambil tulis sambil telan air liur ni..hihi...

Biasa kak lina tengok ada yang makan dengan roti jala,lempeng,biskut....apa lagi eh...hah pulut pun sodap kannn...kalau korang makan dengan roti macam kat bawah ni lagi sedap tau..dah la tebal roti nya...pastu garing di luar lembut didalam..

Roti tu korang sapu planta@butter pastu bakar sekejap atas kuali nonstik...dah dapat warna kuning keemasan tu angkatlah...makan panas2 memang terangkat...Roti tu kak lina beli kat kedai kopi terlajak laris di bangi...sebuku besar RM 10...biasa diaorang buat untuk roti titab..roti butter dan roti peanut...

Kak lina sertakan disini cara-cara buat serawa durian yang pastinya mudah dan sedap.



Serawa Durian


Resepi Serawa Durian:
================

  • Durian 1 mangkuk
  • Gula pasir 1 cawan(ikut manis yang kita nak)
  • Santan Kotak 
  • Daun Pandan
  • Gula Merah @ melaka(tak letak sebab nak warna putih je)
  • Air masak 1 cawan
  • Secubit Garam
Cara-cara:
=======

  • Satukan semua bahan-bahan diatas
  • letak air mengikut kepekatan yang kita suka
  • letakkan garam secubit
  • kacau hingga mendidih dan pekat
  • tutup api dan sedia di hidang

Selamat Mencuba

Apa Itu Vertigo


Vertigo dan cara merawatnya | Vertigo???apa tu,ada ke yang pernah kena sakit ni..itulah yang kak lina sedang hadapi sekarang..sebab tu jugak kak lina tak boleh nak update blog...kesian blog dah seminggu kak lina abaikan..bukan apa...nak tengok screen langsung tak boleh..


Vertigo Dan Cara Merawatnya
Vertigo Dan Cara Merawatnya


Apa perasaan korang bila tengok gambar ni?...pusing kan...hah camtu lah kak lina rasa..pastu paling seksa kita tak boleh nak bukak mata langsung,dia punya mual semacam je rasa...bila menaip ni pun kak lina rasa mual2...sakit apa la ni kan...harap2 janganlah yang serius...rasa masih banyak yang belum dicapai,anak-anak pun belum pandai berdikari lagi...hmmm...sedihnya kalau ingat2 benda ni...biarlah tuhan yang tentukan hidup mati kita kan...kita redha sahaja lah apa yang ditetapkan dengan nasib kita ni..

Sebenarnya sejak tahun lepas kak lina dah kena vertigo ni..tapi tak selalu..bila kita duduk atau berdiri tak de apa tau...tapi bila kita baring hah disitu masalah bermula,semasa kita baring bila kita nak tukar posisi atau bangun kepala kita akan serta merta pusing...yaallah rumah rasa nak terbalik...argh....sakitnya kepala...dengan rasa nak muntah sekali tu ada...hah seksa kot nak hadap...jadi takut nak baring...kalau nak tido kak lina lebih selesa duduk atau tinggi kan bantal...

Kak lina selalu google penyakit vertigo di google...dan kak lina dapat info sedikit sebanyak daan kongsikan disini..

Simptom/Keadaan pesakit vertigo:

Di antara simptom atau keadaan yang dialami oleh pengidap Vertigo ialah :-
  • merasakan sekeliling mereka seperti berputar atau bergerak
  • ada kalanya mereka berasa seperti tenggelam atau terjatuh
  • gangguan ini sering disertakan dengan rasa pening kepala dan muntah-muntah

Punca Vertigo :
Terdapat beberapa faktor yang berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada Vertigo, di antaranya ialah:-

vertigo ketidakseimbangan dalam telinga
Vertigo Dan Cara Merawatnya

  • gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga.
  • gangguan keseimbangan pada bahagian otak atau saraf.

Penyebab Kepada Masalah Vertigo

  • Vertigo dikatakan berpunca daripada arthritis tengkuk @ cervical spondylosis, gangguan yang sering berlaku pada warga tua.
  • Jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga yang berfungsi terhadap keseimbangan @ labyrinthitis. Jangkitan ini biasanya berpunca daripada jangkitan viral yang terjadi dalam sistem pernafasan seperti selsema, influenza atau jangkitan bakteria yang berlaku pada bahagian tengah telinga atau otitis media.
  • Vertigo boleh juga terjadi akibat kesan sampingan penggunaan antibiotik tertentu.
  • Boleh juga disebabkan oleh migrain
  • Pengurangan aliran darah ke otak. Terdapat kemungkinan berlakunya pendarahan di bahagian otak belakang atau lebih dikenali sebagai cerebelar hemorrhage.
  • Penyebab yang paling jarang berlaku adalah terdapat tumor yang menganggu saraf penghubung di antara telinga ke otak atau acoustic neuroma/strok/kecederaan pada bahagian kepala/MS (multiple sclerosis)

Kesan Daripada Vertigo

Kebanyakkan mereka yang disahkan Vertigo akan:-
  • mengalami kesukaran untuk berjalan atau berdiri
  • mengalami gangguan pendengaran dari salah satu telinga ataupun kedua-duanya.

Cara Menangani Vertigo

  • Simptom Vertigo dapat dikurangkan dengan berbaring secara tetap. Elakkan bangun tergesa-gesa. Sekiranya mengalami muntah-muntah, minum sedikit air setiap 10 minit bagi mengelakkan dehidrasi.

Cara Merawat Vertigo

Doktor akan memberikan ubat-ubatan seperti:-
  • antiemetic drugs
  • anti-histamines
Namun pengidap Vertigo perlu beringat yang ubat-ubatan sintetik ini belum tentu dapat merawat Vertigo sepenuhnya. Sebaliknya mereka berkemungkinan besar mendapat kesan sampingan kesihatan sekiranya terlalu bergantung kepada ubat tersebut dalam jangka waktu yang panjang.
Alternatifnya adalah dengan mencuba makanan tambahan daripada sumber-sumber semulajadi dalam menangani masalah Vertigo ni.info dari (http://www.myliferia.com)

Hari tu masa kena vertigo ni kak lina ada buat senaman sikit semasa kena tu antaranya:
  • semasa kepala tengah pusing tu kak lina sedaya upaya fokus pada satu objek...tenung objek tu sepenuh hati,jangan alihkan bola mata...terpaksa tahan nafas sebentar sebab nak fokus.
  • buat senaman mata seperti sebelum bangun dari tidur,pandang keatas 10 saat,pandang kekiri 10 saat,pandang ke kanan 10 saat dan pandang kebawah 10 saat.
  • jangan terus bangun selepas baring...tolong buat senaman tadi sebentar
  • tarik nafas perlahan-lahan dan cool sahaja...jangan di ikutkan sangat rasa pusing tu...kita kena lawan sedaya upaya.
  • insyaallah kalau kita amalkan...berkurangan lah sakit tu nanti...jangan lupa ambil ubat ye...

Hmmm....macam serious je kan vertigo ni...rasa takut dan bimbang bersarang dihati...setakat ni kak lina ambil ubat hospital sahaja...alhamdulilah dah berkurangan semalam...moga2 dijauhkan dari sakit yang bukan2...semoga bertemu dilain entry..


Resepi Viral | Fishball CelupTepung

Resepi Viral | Fishball CelupTepung... Assalamualaikum....selamat hari minggu kawan2 semua..pergi mana tu??kak lina tak g mana2 pun hari ni,hati rasa sedih dan gundah gelana,untuk hilangkan perasaan tu kak lina suka sibukkan diri...so masak jelah hari ni ...hari ni banyak masa terluang,so kak lina nak cuba lah resepi yang tengah viral kat facebook tu..haha...pantang dengar viral kan...kuat betul kuasa viral ni....semua orang nak cuba kan...kak lina salah sorang yang pantang dengar viral...semua nak pergi,buat dan tengok...haha sabo jelah...

Fishball celup tepung ni tak susah mana pun buat,tapi hasil dia kebaboom la..anak2 kak lina suka pulak makan...rangup sangat...time makan tu memang dengarlah dia punya krup krap tu...


Fishball ni korang basuh bersih2...belah dua ok...kalau tak belah dia tak mo rangup...pastu toskan fishball biar air dia keluar....kalau ada lidi bolehlah dicucuk macam kat atas tu...kalau xde pun xpe jahhh....apa yang adooo jelah....haha...


Bancuhan tepung:
Tepung gandum
Telor 1 biji
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Serbuk perasa ( jika perlu )
Serbuk lada sulah ( jika perlu )
Lada hitam biji yg dikisar ( jika hendak pedas )

**kak lina guna tepung goji jer...kalau ada tepung bestari pun boleh...senang kerja sikit kan...kalau xde tepung segera ikutlah resepi kat atas tu ye...senang je tu...

**Bancuhan tepung jangan pekat sangat dan cair sangat ye...pandai2 la ejas..kalau cair tepung xnak melekat kat fishball nanti...



Goreng fishball sampai garing..


Taraaaaa.....dah siap,bolehla makan dengan cili sos....sedap uolssss...berebut2 anak kak lina makan...suka tengok diaorang  makan kan...penat pun tak terasa bila anak2 suka makan masakan kita...SELAMAT MENCUBA......

Resepi Nasi Serai

RESEPI NASI SERAI | selamat petang korang,makan apa tengahari tadi...mesti makan sedap-sedap kan...al maklumlah hari2 minggu ni lah masa yang sesuai untuk mengasah bakat kita sebagai tukang masak hihi....
 Nasi Serai ni sedaplah....tak muak langsung,malah rasa serai tu yang akan membangkitkan selera kita..dari satu pinggan tak perasan dah menambah pinggan yang kedua pulak...haha...macamana lah nak kurus kan...asyik makan sedap jer...
Hari ni tah apa nasib,semangat tetiba membuak2 nak masak yang sedap2......memandangkan bahan2 dah ada kat rumah,resepi pulak senang giler...jomlah kita merajinkan diri di dapur... 

Bahan2nya....
4 cwn beras basmathi
4 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

Cara memasak
1. Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
7. Masak dlm rice cooker hingga masak.
Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah....bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.


Resepi Nasi serai
Resepi Nasi serai


**nasi serai ni sedap dimakan dengan ayam masak merah tau...tapi kak lina tukar selera makan dengan udang masak sambal...erm....makan pulak panas-panas tadi....hahaha memang sedap giler lah cite dia...korang cuba lah eh...

kat bawah ni kak lina sertakan video...lagi senang nak hadam....yang penting nak masak ni kita kena ikhlas memasak untuk anak2 dan suami..

SELAMAT MENCUBA


Petua kurangkan pedas pada sambal tumis

Petua kurangkan pedas pada sambal tumis|  Pernah tak korang masak sambal tumis pastu terpedas...haha ....kak lina la tu selalu masak terpedas...kadang2 kan cili kering pun ada jenis2 yang pedas kan...selalu kak lina beli cili kering yang macam  gambar bawah ni...nasib la kan...kadang2 kedai A tak pedas cilinya...Tapi beli kat kedai B pedas pulak cilinya..padahal cilinya sama jenis dan rupa je kak lina tengok...

Image result for lada kering

Biasanya kak lina buat sendiri cili kisar ni,tak berapa suka cili kisar yang beli kat luar tu...yelah selain tak menepati citarasa,kita tak tahu tahap kebersihan cili kisar tu kan..di sini kak lina share cara nak buat cili kisar.

1) Gunting cili kering
2) Buangkan biji
3) Basuh bersih
4) Celur bersama air panas mendidih/rebus
5) Bland hingga lumat

Ok...kita sambung cerita pasal sambal terlajak pedas...aduii camne tah boleh terpedas..anak anak kak lina tak tahan pedas pulak tu...makan sambil minum air...ala kesian pulak tengok...kalau tekak mak dia malas dah nak ejas...pedas pun bedal jelah hihi...

Jangan risau...senang je nak ejas kepedasan sambal tumis ni...jom tengok petua dia..

1)Blender bawang besar sebiji,tambah air asam jawa sedikit dan tambah gula sedikit
   -pandai2 la korang ejas gula ngan air asam tu...kang lain pulak rasa dia.

2)Hiris bawang besar banyak2...insyaallah bawang besar akan mengurangkan pedas sambal tumis tu.

Korang ada petua lain lagi ke???mehla share kat sini...senang jadi panduan di masa akan datang nanti..

Alhamdulilah memang menjadi lah petua yang kak lina share tu...dah kurang pedas dan budak2 boleh makan dengan gembira hihi...selamat mencuba.....


Petua kurangkan pedas pada sambal tumis
Petua kurangkan pedas pada sambal tumis

Hijab Shampoo Dari NATURAL ELIXIRS

Hijab Shampoo Dari NATURAL ELIXIRS| Assalamualaikum korang...apa khabar semuanya? kak lina harap korang sihat-sihat lah ye...hari ni kak lina nak kenalkan korang dengan shampoo hijab dari NATURAL ELIXIRS.

Masa mula-mula dapat produk ni,kak lina rasa ekcited sangat tau,yelah memang sesuai sangat lah dengan kak lina yang berhijab ni..tak sabar tau nak cuba..sampai je hijab shampoo  ni,kak lina dengan pantas terus cuci rambut dengan shampoo hijab ni...

Bila tuang je kat tapak tangan kak lina terkejut jugak...eh tak de warna lah....organic sangat...happy sangat lah sebab shampoo ni menepati citarasa kak lina..



Korang tengok lah botol dia cantik sangat...i like blue colour hehehe....korang tau tak hijab shampoo ni wangi giler tau...bila kita cium je macam ada satu perasaan pelik...bau dia yang nyaman dan organic tu akan membuatkan mata kita terpejam sambil menikmati keindahan alam semulajadi sambil terdengar air terjun disekeliling kita....cewah...sampai camtu sekali kan dia punya khayal...




Sebagai wanita yang berhijab kak lina sangat recommended korang cuba hijab shampoo ni,korang mesti akan jatuh cinta dengan tekstur dia yang lembut...malah ia dapat menghilangkan bau yang tidak enak bila kita terlalu lama memakai tudung...seriously kak lina cakap...wangian dari hijab shampoo adalah yang terbaik kak lina pernah bau...unik sangat bau dia...wangi dan lembut..selepas shampoo pula terasa kesegaran di kulit kepala kita...selepas rambut kering pula ermmmm....wangi dan lembut rambutnya,seperti baru lepas mendapat rawatan di salon tau..shampoo ni 2dalam 1 tak perlu menggunakan perapi lagi..terasa rambut lebih bermaya dan segar....





Cakkk....hihi selalu sangat la kak lina selfie kan...jangan jemu ok...ok kak lina nak cerita dengan lebih lanjut tentang HIJAB SHAMPOO NATURAL ELIXIRS



UNTUK SEMUA JENIS RAMBUT

Syampoo dan Perapi Rambut 2-Dalam-1

Formula syampu Hijab menggabungkan bahan-bahan organik **Minyak Nettle,Ekstrak Bunga Kamomil,dan Minyak Tea Tree yang kaya dengan khasiat untuk menguatkan,melindungi,dan mencegah keguguran rambut.

Rambut memerlukan pendedahan yang secukupnya kepada udara dan cahaya matahari untuk memastikan ia sihat dan kuat.Apabila rambut sentiasa bertutup,kulit kepala tidak boleh bernafas membawa kepada pengumpulan sebum berlebihan daripada peluh.Liang menjadi tersumbat,sejurus membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat,berkelemumur,keguguran rambut,rambut nipis dan tidak bermaya.

Formulasi Unik Syampu Hijab:

Membersih dan melembabkan rambut dan kulit kepala
Mengawal pengelupasan semulajadi kulit kepala,menjadikan ia segar semula
Menyeimbangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan
Sifat antioksidan yang melindungi rambut daripada kerosakan awal dan penuaan awal
Memberi tenaga dan menyegarkan semula akar rambut untuk rambut yang berkilat dan          sihat.
Mencegah keguguran rambut dan kelemumur.

INGREDIANT
Aqua,Sodium Laureth Sulfate,Cocamidopropyl Betain,Cocamide DEA,Sodium PCA,Glycerin,Polyquaternium-10,Piroctone Olamine,Tocopherol,**Urtica Dioica,Chamomila Recutita Extract,Melaleuca Alternifolia Leaf Oil,Magnesium Sulfate,Phenoxyethanol,Benzoic Acid,Dehydroacetic Acid,Perfume. **ingrediant from organic farming.

Korang yang berminat tu bolehla tengok di 


Facebook
Natural Elixirs Sdn Bhd http://www.facebook.com/natural.elixirssdnbhd

Twitter
Natural Elixirs Sdn Bhd https://twitter.com/NaturalElixirs

Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd

Instagram
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn

Google +
Natural Elixirs Sdn Bhd

Youtube
Natural Elixirs Sdn Bhd






Program Kembara Jom Jimat Elektrik Di SMK Telok Panglima Garang

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Bayaran akhir BR1M 2017

Bayaran akhir BR1M 2017
KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga terakhir bagi tahun ini, akan dibuat bermula esok.
Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan menjelaskan bayaran itu dibuat sempena Aidiladha, yang dijangka jatuh pada 1 September ini.
"Kerajaan bersetuju supaya pembayaran peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017 dibuat mulai 16 Ogos 2017 (Rabu).
"Bagi mereka yang lulus pada peringkat rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 29 Ogos ini.
"Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran," katanya.
Kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidiladha.
"Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my," katanya.


Image result for brim

Cara Bersihkan Siput Sedut


Terliur rasanya bila menyebut Masak Lemak Siput Sedut. Namun ada sedikit masalah untuk mencucinya. Jika tidak dicuci bersih mungkin masih ada bau lumpur pada siput tersebut. Justeru itu ada yang sanggup membeli saja hidangan siput sedut yang telah siap dimasak. Bagi anda yang mahu memasak hidangan siput sedut sendiri boleh juga mencuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
  • Siput sedut
  • Hampas kelapa



CARA MEMBUATNYA:
1.  Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan hampas kelapa.
3. Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi. Biar semalaman.(tapi kak lina rendam kejap je dalam 2-3 jam..tu pun dah bersih sangat).
4. Basuh siput tadi sehingga bersih dan barulah anda boleh memotong bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. Bukan saja bau lumpur akan hilang malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.



Sebenarnya ,malas juga tau nak siang siput sedut ni...banyak pulak tu nak gunting sekor2...nasib baik anak bujang kak lina rajin...ringanlah sikit beban mama dia ni...

tapi kan memang menjadi lah petua ni...masa mula2 siput ni penuh lumpur dan berbau hanyir...eiiuuuu....ingatkan tak hilang bau dia...tapi bila lepas dicuci dan dilumur hampas kelapa,bersih gila siput ni....dan paling penting dah tak bau lagi lumpur tu...wow...puas hati sangat...



Tengok siput kat atas tu....bersih lagi suci kannn...sekarang susah la nak dapat stok siput ni,payah nak jumpa la...mungkin kat pasar basah senang la jumpa kan..kak lina biasa belanja kat kedai acheh je..malas nak pegi pasar..satu paket siput ni RM 12...tapi berbaloi la dengan harga sebab siputnya dapat yang besar2...ermmmm...senang nak sedut hihi.....



Hah tu dah siap masak....macaam mana kawan2...terliur tak????oklah memandangkan kak lina rajin hari ni,kak lina up lagi resepi siput sedut ni...mana tau korang pun nak masak jugak kann...

Resepi Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-Bahan
  • 1 kg siput sedut 
  • 10 - 15 biji cili padi - kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup - kisar halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang putih - kisar halus
  • 5 ulas bawang merah - kisar halus
  • Daun kunyit

Cara Membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


1. panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.

2. masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. 

3.masukkan daun kunyit,asam keping,gula dan garam.

4. akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Ok boleh matikan api dan siap dihidangkan.

DYXY |Glowing dalam masa beberapa saat


 DYXY |Glowing dalam masa beberapa saat  wow...hebat tak glowing dalam masa beberapa saat..ye...itulah kenyataan nya...mula2 kak lina tak percaya tau,betul ke???betul la kata pepatah tak kenal maka tak cinta....haaa...gituuu hahaha gedik je kan...

Sebelum ni kan kak lina memang pandai makeup2 tau,tapi sejak live makeup viral sana sini terjebak jugaklah nak conteng2 muka ni...seronok pulak uols...

Jom kita berkenalan dengan DYXY ni..best gila pakai BC cream ni...muka ringan sangat dan tidak bercapuk.Kalau yang ada masalah kulit pun memang xde masalah pakai BC cream foundation ni..malah ianya boleh merawat kulit kita tau.

BC cream foundation + greentea facemist  ini akaan merawat kulit kita sebab bahan2 DYXY hanyalah mineral,water based ,ekstark arbutin,albumin,vitamin E & C. dan pastinya tiada merkuri okay.Di jamin selamat diguna bukan sahaja perempuan malah lelaki pun boleh pakai.



 DYXY |Glowing dalam masa beberapa saat


BC cream foundation dyxy sangat2 mesra kulit,kita dap2 nipis je dah cukup.tak perlu nak tebal2 sangat.jangan terkejut kalau korang tiba2 nampak magik ila pakai.Magic apa tu???Hah magic dari kusam terus nampak FRESH,GLOWING...


Image result for dyxy spray


Paling best sekali spray dia,sebelum apply bc cream kita spray dan selepas makeup kita spray sekali lagi...wow mana tak glowing kan...pastu kan spray ni wangi gileee...cubalah uols berbaloi sangat tau.


Image result for berus dyxy



ok ni berus dyxy tu...erm lembut sangat pakai berus ni...fungsi dia untuk meratakan dan menjimatkan BC cream...jadinya pakai sikit je dah full coverage tau...jadinya BC cream kita tak cepat habis dan tahan lama.bulu dia padat dan gebu...rasa best je nak tonyoh2 muka hihi...

kak lina belanja sikit gamba kak lina dengan DYXY bc cream ni...glowing kan....full coverage uolsss...haha bila lagi nak puji diri sendiri kan....jom cepat2 dapatkan DYXY ni...jom sama2 cantik di hari raya aidiladha ni...



 DYXY |Glowing dalam masa beberapa saat



jom dapatkan DYXY di facebook dan instagram...

facebook
https://www.facebook.com/dyxycosmeticmainpage/

Instagram
https://www.instagram.com/dyxycosmeticshq/?hl=en