July 2017 - Lin Liena Story

Monday, 31 July 2017

Produk Himalaya | Bonnisan Dan Anti -Hair Fall Shampoo

July 31, 2017 6
Produk Himalaya | Bonnisan Dan Anti -Hair Fall Shampoo


Produk Himalaya | Bonnisan Dan Anti -Hair Fall Shampoo | Produk  himalaya tak perlu diperkenalkan lagi rasanya..semua dah tahu kan produk ni dah lama berada dipasaran...malah semua pasaraya dan farmasi ada menjual produk himalaya.Kak lina nak share la produk yang memang best kak lina pernah guna,malah sangat berpuas hati mengguna nya.ada 2 produk yang kak lina akan share dengan korang..benda baik kita kenalah  share kan...jadi semua orang akan dapt kebaikkan nya.

bonnisan
Rayyan dah cuba bonnisan..awak bila lagiii???

Gambar budak kat atas tu anak kak lina..Rayyan... yang berumur 8 tahun..tengoklah badan dia,sekeping je kan..risau nya hati kak lina bila tengok dia..dah la kurus tak nak makan pulak tu...kalau makan pun 2-3 suap je..pastu tak nak makan dah.kadang2 tu pergi sekolah tak nak makan nasi tau...sampai nangis2 kak lina paksa jugak dia makan..malah kak lina selalu jugak masak lauk kegemaran dia.tapi sama jugak,lauk sedap ke tak sedap ke tak mo makan jugak.


Emmmm...Bonnisan sedap sangat....TERBAIKKK

Kak lina nak berterima kasih la pada Mr chew yang cadangkan produk ni,mula-mula kak lina tak berapa yakin,yelah dah banyak produk kak lina cuba untuk rayyan...kesannya sama sahaja,hmm..heran jugak kan..alhamdulilah setelah seminggu kak lina bagi rayyan bonnisan ni..wah....ada perubahan mendadak lah...dari seorang yang memilih dan selalu dipaksa makan..rayyan dah berbah 360 darjah...hahaha..pagi2 bangun tidur kak lina wajib sediakan sarapan untuk dia..kalau tak bising lah dia lapar2 tak dapat makan.semoga rayyan konsisten makan bonnisan dan membesar bagai juara.Aminn.....

Ok...untuk kak lina pula,kak lina memang sarankan uols yang rambut gugur tu gunalah shampoo himalaya anti hair fall ni..sebenarnya kak lina dah lama tau tanggung masalah rambut gugur ni...sejak bersalin 3 tahun yang lepas..rambut memang dah nipis gile..macam-macam shampoo yang berada dipasaran kak lina dah cuba tapi tak serasi dan sesuai..akhirnya hati tergerak nak cuba shampoo himalaya anti hair fall ni....memang agak mahal sikit harga dia...hihi tapi nekad jelah beli kan...wah...tak sangka lah..shampoo ni serasi dan sesuai dengan rambut kak lina..alhamdulilah setelah beberapa kali guna rambut kak lina dah tak banyak gugur..selalu kalau kak lina sikat rambut terang2 dapat 2 genggam tau rambut yang gugur..

Alhamdulilah lega sangat bila rambut dah mula berkurangan gugur.untuk kesan yang lebih best lagi gunalah conditioner himalaya juga ye..oklah harap pengalaman kak lina bermanfaat untuk korang semua.produk Hilaya ni boleh di dapati di seluruh pasaraya,watson,guardion..boleh juga terus beli di laman web Himalaya.

Website
http://himalayamsia.blogspot.my/


Facebook
https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/

Instagram
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/?hl=en

Himalaya|Anti-Hair Fall Shampoo
Himalaya|Anti-Hair Fall Shampoo

Thursday, 27 July 2017

WOWSKIN | SERUM MUKA TERBAIK 2017

July 27, 2017 18
WOWSKIN | SERUM MUKA TERBAIK 2017
WOWSKIN | SERUM MUKA TERBAIK 2017 |   Assalamualaikum,hai korang....rasanya dah lama kak lina tak kongsikan cerita pasal kecantikan kan...hari ni terbuka hati nak kongsi dengan kawan-kawan trend terbaru dan terkini dalam penjagaan kulit kita..rasanya semua orang akan guna produk kecantikan kan..lagi-lagi sekarang ni tengah sibuk make-up live kan...haish...kak lina setiap hari tengok make-up live tau..kol 9 je dah stanby nak tengok MUA buat demo make-up...bila hari-hari tengok orang make-up, amboiii...tak sabar nak jugak la cantik-cantik kan...

Bila setiap hari kita make-up,kulit mesti rasa tak selesa tau..yelah berapa lapis kita nak tutup cela kat muka kan..banyak gile nak ditutup..so penyelesaian kepada masalah ini adalah wowskin serum...setiap kali sebelum make-up sapulah dahulu wowskin serum (Day Serum)ini adalah untuk melindungi kulit kita agar sentiasa lembut dan segar.paling penting sekali wowskin melindungi dari kepanasan cahaya matahari...maklum lah panas betul cuaca sekarang ni kan...kalau tak di lindung tak tau la nak jadi apa kulit muka kak lina ni.

http://www.wowskin.my/
WOWSKIN | SERUM MUKA TERBAIK 2017

Malam pulak wajib sapu wowskin serum(Night Serum)untuk merehatkan kulit wajah kita...kulit akan bernafas dengan selesa di tambah pula dengan vitamin A & D yang sangat sesuai untuk digunakan ketika kita berehat dan tidak berada dalam cuaca yang panas terik.

Produk yang kak lina maksudkan tu adalah WOWSKIN vitamin serum...hmmm...memang bestla guna serum ni..alhamdulilah sesuai sangat dengan kulit kak lina.malah ini adalah serum terbaik yang kak lina dah pernah cuba.serum wowskin ini sangat sesuai untuk kulit berminyak ,kulit berjerawat dan kulit yang ada jeragat.

http://www.wowskin.my/
WOWSKIN | SERUM MUKA TERBAIK 2017

WOWSKIN adalah serum terbaik 2017 yang kak lina sendiri dah rasa keberkesanan nya...serum ni ada 2 tau berbanding serum jenama lain..

WOWSKIN adalah set serum vitamin yang lengkap untuk anda dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Ia dilengkapi dengan vitamin A, B3, C, D & E di dalam serum siang dan serum malam. Set ini merupakan gabungan vitamin lengkap yang disarankan para pakar kulit di seluruh dunia.

Vitamin B3, C & E untuk digunakan pada waktu pagi sebelum anda keluar dari rumah. Vitamin A & D pula digunakan pada waktu malam sebelum anda tidur.

Set Serum WOWSKIN juga ditambah dengan 11 bahan boosters lain bagi menambahkan lagi keberkesanannya.




Haa...camne uols...best kan serum ni.....banyak sangat vitamin yang terdapat dalam serum ni,malah bertambah best kita ada 2 serum yang akan merawat kulit pada waktu siang dan malam...ok kalau kita keluar tengah panas pun tak yah risau lagi sebab kita dah ada serum yang melindungi kulit kita.

Korang yang suka kulit glowing-glowing tu haaaa....kak lina nak pecah rahsia sikit,korang perasan kan..setiap kali Mua habis makeup muka diaorang jadi kilat dan glowing kan..ini lah rahsia MUA tu semua..diaorang akan pakai WOWSKIN serum sebelum apply make-up...ini adalah supaya makeup kita tahan lama dan glowing2 gitu....

Kenapa ada 2 serum???

Haa yang ni memang best,ramai la yang tanya kenapa ada 2 serum..

1.Kenapa pakai siang
-Ini kerana vitamin B3,C dan E lebih sesuai dipakai di bawah cahaya matahari dan ia memberi perlindungan optimum serta keperluan yang kulit anda perlukan ketika anda berada dalam cuaca dan persekitaran pada waktu siang.

2.Kenapa pakai malam
-Ini kerana vitamin A & D berfungssi lebih optimum apabila dipakai bila tiada cahaya matahari dan ianya adalah rawatan kulit terbaik ketika anda sedang tidur.


Kak Lina nak tunjuk cara pemakaian WOWSKIN serum ni.mudah dan simple sangat...korang boleh je guna pape krim...tapi pastikan sapu serum wowskin terlebih dahulu ye.dan lagi satu,wowskin ni tak melekit dan berminyak ....malah korang akan rasa ringan je muka..dan lagi satu yang paling best lepas je sapu serum wowskin ni terus lembut dan gebu muka kita..wow memang terbaik lah wowskin ni....sesuai sangat dengan nama dia.cara pemakaian pun mudah hanya drop kan setitik atau 2 titik pada tapak tangan....just sapu je rata-rata...doneee....mudah kan???


    DAY SERUM
VITAMIN B3,C dan E
*Pakai waktu pagi

NIGHT SERUM
VITAMIN A & D
*Pakai pada waktu malam


Antara benda wajib yang korang perlu tahu tentang WOWSKIN serum ni.

1. Adakah WOWSKIN ini ada kelulusan KKM?
Ya, kedua-dua serum di dalam set WOWSKIN ini telah mendapat kelulusan dari KKM. Day Serum - NOT170500805K dan Night serum - NOT170501806K.

2. Adakah WOWSKIN ini bebas dari mercury atau hydroquinone?
Ya, kami berikan jaminan bawah WOWSKIN tidak mengandungi kedua-dua bahan tersebut. Keselamatan anda, keutamaan kami.

bukan apa,kak lina akan pastikan 2 benda ni dahulu sebelum kak lina ingin membeli apa2 produk pun..yelah..takut jugak kan kalau ada benda terlarang nanti...habislah rosak kulit muka kita...alhamdulilah.. WOWSKIN serum ada kriteria yang kak lna mahukan tu...jadi...korang jangan was-was atau risau jika hendak membeli WOWSKIN serum ni..
Ok bagi harga wowskin serum ni pula sangat la berpatutan uolsss...malah ada diskaun 50% lagi.harga biasa RM 120 selepas diskaun hanya RM 59 sahaja.berbaloi kan harga dia..kos penghantaran pula hanya RM8 (semenanjung) RM12 (sabah & sarawak).

Dibawah ini kak lina sertakan cara-cara pembelian wowskin serum ini..boleh juga tengok2 di instagaram ye..jangan kedekut untuk kelihatan cantik..kulit kita memang sangat memerlukan vitamin2 yang terdapat dalam serum wowskin ini.




                            

Monday, 24 July 2017

Chilindo|Terjebak Juga Akhirnya

July 24, 2017 12
Chilindo|Terjebak Juga Akhirnya
Chilindo| Terjebak juga akhirnya...haaa korang ada ke yang sama dengan kak lina..tengah syok pulak layan chlindo ni...best pulak la layan chilindo.com ni..barang2 nya boleh tahan murah kalau kita pandai bid tau...banyaak gile barang yang yang kak lina  suka..tapi bukan senang la nak dapaatkan harga yang kita nak.

Kalau boleh kak lina nak harga yang bawah Rm 10 lah..xde lah rugi sangat kalau barang sampai tak berkualiti atau rosak.ini adalah percubaan kak lina yang pertama tau...jadi memang tak berani nak beli banyak2..orang kata cuba 2 je dulu..hihi....

Ok lah barang dari dari chilindo ni...kak lina berhabis dalam 30 lebih termasuk caj penghantaran..kalaau nak terus sampaai depan pintu hanya tambah RM 4 sahaja..so jumlahnya adalah RM 12...sebab tu kita kena beli banyak2 sebaab berbaloi dengan kos penghantaran nya.


Chilindo|Terjebak Juga Akhirnya


ok tak barang2 yang kak lina beli ni???haha bolehla kan....jam tu RM10 tapi berfungsi dengan baik..cantik juga tau, not bad lahh..


Di sini kak lina share kan sikit info untuk yang ingin mencuba chilindo ni...mesti korang terpengaruh punya la...haha oklah selamat membida....



SEDIKIT INFO & PERKONGSIAN(dari group chilindo)
1) KALAU BARANG SMPAI TAPI ROSAK
Sekiranya barang yang anda terima mengalamisebarang kerosakan, dalam tempoh 14 hari penerimaan barang tersebut, anda boleh mengembalikannya kepada kami.
Kami akan menggantikannya dengan yang baru.
Sila kemukakan butiran pesanan anda ke Facebook messenger Chilindo.
Butiran yang perlu anda kemukakan adalah seperti;
1)Kotak penghantaran beserta label
2)Nama barang yang rosak/tidak lengkap
3)Bukti gambar barang yang rosak/tidak lengkap beserta huraian ringkas mengenai isu barang tersebut.
Kami memohon maaf untuk sebarang kesulitan.
2) KALAU BARANG SMPAI X CUKUP
Kami memohon maaf diatas kesilapan yang telah dilakukan. Sila pm kepada kami maklumat berikut :
-Nombor invois
-Nama barang yang tiada
-Bukti gambar (label pada kotak penghantaran & semua item di dalam kotak penghantaran)
3) CARA BUAT BAYARAN
Kami mempunyai beberapa cara pembayaran:
1. Kredit / Kad Debit
Bayaran boleh dibuat melalui Chilindo.com apabila daftar keluar.
2. ATM / Pemindahan Online / CDM- OCBC MALAYSIA SDN BHD CHILINDO ACC NUM: 7011502476
Mesin Deposit Tunai, memerlukan anda untuk bank jumlah ke akaun anda dan kemudian memindahkan melalui Online Banking / Pindahan kepada OCBC MALAYSIA SDN BHD CHILINDO ACC NUM: 7011502476
Sila berikan Lampiran / Tangkapan skrin butiran pembayaran anda untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
3. COD (Sila Membayar Pada Waktu Menerima Bungkusan)
Setelah membuat pembayaran, sila kemukakan bukti pembayaran kepada kami melalui email ataupun Facebook messenger Chilindo.
4) GABUNG INVOICE
It is possible to merge invoice. However you need to choose online transfer/atm first provide us the invoice numbers that you want to merge then we will change it to cod.
Please take note that if you choose cash on delivery we unable to make any changes.

Monday, 17 July 2017

Resepi Kuih Kaswi

July 17, 2017 31
Resepi Kuih Kaswi


Resepi Kuih Kaswi 

Bahan-bahan:

6 cawan air
1  1/3 tepung gandum
1  1/3 tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
2 helai daun pandan
1 sudu kapur sireh
sedikit kicap manis(supaya warna cantik)

**1 1/3 tu lebih kurang 1 cawan lebih sikit jer...jgn sukat 11 cawan pulak ye..keras pulak kuih kaswi korang nanti...hihi



Cara-cara:

Masukkan 6 cawan air bersama gula pasir dan gula merah.
didihkan sehingga gula larut.biarkan suam seketika.
Tapiskan air gula tadi,kemudian masukkan tepung gandum dan ubi whisk kan sehingga sebati,masukkan satu sudu kapur dan sedikit kicap.
ok dah siap ...bolehla ditapis adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak atau bekas lompang tu kalau rajin...kukus kuih kaswi dalam 25 minit-30 minit.
done....akhir sekali tabur kelapa putih keatas kuih.


Resepi Kuih Kaswi

Resepi Kuih Kaswi

Sunday, 16 July 2017

Resepi Nasi Goreng Cina

July 16, 2017 10
Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina|  Resepi yang simple dan mudah di masak...sesuai di masak ketika hujung minggu..yelah tentu banyak program kan cuti2 ni...kita buat sarapan nasi goreng cina..pastu kenyang sampai tengahari kira macam brunch la gituuu....haha..
Nasi goreng cina ni sesuai la untuk anak2 kecik sebab tak pedas,malah mesti diaorang suka sebab rasa lemak2 masin dari rasa planta tu...makan panas2 ermm...memang menambah laa...


Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

Nasi putih semangkuk
Bawang merah 1 biji dihiris
Bawang putih 2 ulas dihiris
Lada Merah dihiris
Cili Api dihiris
Lobak
Isi Ayam
Telur
Fish Cake
Kiub ikan bilis
Lada Sulah
Garam
Planta

Cara-Cara:

1.Panaskan planta 2 sudu besar dan minyak masak dalam 3 sudu besar.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
3.Masukkan cili api,lada merah,fish cake,lobak dan isi ayam.
4.Bila ayam dah masak masukkan kiub pati ikan bilis.
5.pecahkan telur 2 biji..tunggu telur beku dan kacaukan sampai masak.
6.masukkan nasi yang telah dilerai2 kan...
7.Gaul nasi hingga sebati dan masukkan garam serta lada sulah.
8.Goreng sampai rata dan puas hati.
9.Tutup api dan hidangkan.



Friday, 14 July 2017

Resepi Spageti Aglio Olio

July 14, 2017 27
Resepi Spageti Aglio Olio

Resepi Spageti Aglio Olio |  Assalamualaikum..selamat pagi semua...dah sarapan ke?hari ni kak lina update entry awal sikit sebab nak pergi seremban 2 nak tengok adik bungsu yang belajar disana...dah nama adik bungsu kan...mestilah manja haha...tak sabar nak jumpa dia..rindu sangat...Semalam kak lina dinner spageti aglio olio...ala2 orang putih konon nya...tapi si rayyan ngan wafiy tak berapa nak omputih la tekak diorang..nak nasi jugakkk...alaa...dah 2 kali keje mak ko ni kena masak lain...ingat nak senang keje kan...malah menambah keje pulak.
jom la tengok resepi spageti aglio olio kak lina yang versi cecampak apa yang adoo kat dapur je...hihi janji sedap jelah kat tekak tu...







Resepi Spageti Aglio Olio 

2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji bawang holland-dihiris
cili padi-sebab tekak melayu
cili flakes-pakai cili kering je gunting kecik2
udang
sotong
lada hitam
serbuk perasa
gula 
garam
minyak jagung/olive oil

*Spageti direbus dengan minyak dan sedikit garam-lebih kurang 15 minit


Cara-Cara
Tumis bawang butih dan bawang holland sehingga kekuningan.masukkan segala rencah yang ada,udang ,sotong cili padi,serbuk perasa garam dan gula(secubit sahaja).bila dah sebati bolehla di masukkan spageti tadi...ni versi kosong ye xde letak pasli dan sebagainya...hihi..kalau korang ada sila lah letak ye...ni versi tekak melayu yang suka pedas2 cili api...kalau spageti kering bolehla di renjis2 sedikit minyak ye...ikutla citarasa massing2...tapi serious la senang dan cepat masakan western ni kan...xsampai 15 minit dah siap...
Done...dah boleh makannn

Thursday, 13 July 2017

Jom buat scrub bibir sendiri

July 13, 2017 12
Jom buat scrub bibir sendiri

Jom buat scrub bibir sendiri   |Assalamualaikum..lama nya tak update entry..entahla tetiba tak de idea nak tulis apa...hihi mungkin dah mula malas sebab cuti raya aritu lama sangat..hari ni gagahkan diri cari idea nak buat entry terbaru.Korang pernah buat tak scrub bibir...jangan ingat badan je eh nak kena scrub...bibir pun nak jugak cantik dan gebu tau..
Scrub ni senang je buatnya..malah bahan2 pun memang dah ada kat rumah..tak besar pun modalnya..ok jom la tengok cara- cara nak buat scrub bibir ni.





Jom buat scrub bibir sendiri
Jom buat scrub bibir sendiri




Image result for bibir
Jom buat scrub bibir sendiri
gambar google


Cara buat scrub bibir

Beras 2 sudu diblender kering
Madu 2 sudu 

Campurkan madu dan beras tadi..kemudian bolehla digosok2 dibibir kita berulang kali..gosok la sampai kita puas hati.
kemudian bolehla dicuci dengan air suam.

*buat hari2 pun xpe uols...

kelebihan kalau kita rajin scrub bibir.... nanti bibir kita akan kemerah-merahan bak delima merekah gitu..yelah hari2 kita pakai lipstik kan..banyak sisa-sisa lipstik yang masih tinggal kat bibir kita..tak caya tengokla bibir uols..mesti ada sisa lipstik kan...hihi..jomla uols buat sekarang...senang je kan cara2 nya.

Friday, 7 July 2017

Zam-Zam Coconut Hair Oil

July 07, 2017 30
Zam-Zam Coconut Hair Oil

Zam-Zam Coconut Hair Oil| Assalamualaikum....pernah dengar tak minyak zam-zam ni,kalau tak pernah kak lina nak cite sikit pasal minyak zam-zam ni..yang dah tau tu meh baca jugak ok ..minyak zam-zam ni salah satu cara kak lina menjaga rambut kak lina agar kekal lebat dan berkilat.

Minyak ni memang best la...kalau uols jenis rambut gugur daan nipis memang kak lina nak sarankan uols guna minyak ni...pastu nanti tengoklah hasil dia macam mana..memang puas hati tau..minyak zam-zam ni bukan lah asing bagi kaum india,mereka memang amalkan minyak ni untuk jaga rambut mereka yang panjang berjela tu,uols mesti perasan kan..rambut diorang memang panjang dan lebat kan...ni lah rahsia mereka...kak lina cakap ni pun sebab in law kak lina kan indians...so kat rumah diorang memang wajib ada stok minyak zam-zam ni.

Memandangkan rambut kak lina dah mula menipis dan gugur yang teruk kak lina terus mencuba minyak zam-zam ni,minyak ni minyak kelapa ok...tak de campuran pun..ingrediant dia pun hanya coconut dan parfume..Bau???ok sangat la...tak delah busuk sangat macam yang orang cakap tu..ok la bau dia sedap sangat...tak memeningkan kepala pun...malah korang mesti suka bau dia...actually bau kentut lagi busuk eh....hihi jangan marah uols..gurau jek..


Zam-Zam Coconut Hair Oil
Zam-Zam Coconut Hair Oil

Ok cara guna pulak kak lina nak terangkan..seeloknya pakai waku malam sebab kita nak biarkan dia lama sikit kat kepala kita agar minyak kelapa ni dapat meresap dalam kulit kepala kita,ambik sikit minyak kelapa ni then sapu rata kat kepala korang..sapu rata eh..kalau dapat suruhla someone yang pakai kan...urut2 sikit leganya pala korang nanti...kalau xde sesape nak sapu, sapu jela sendiri jah...hahhaa...ok pastu sikat dan korang biarkan jela rambut tu.esoknya cuci bersih2 dan syampoo macam biasa...nanti kan bila rambut dah kering korang akan rasa rambut senang diurus..dah tak kusut..malah licin sangat rambutnya..memang puas hati sangat guna minyak ni.

Korang boleh beli di Mydin mall,harga pulak 4.90 kalau tak silap yang botol kecik tu..cubalah beli uols...tak rugi pun malah rambut korang akan sihat dan bersinar..jangan tunggu lagi kalau rambut korang asyik gugur bila sikat tu...nnt lambat2 boleh botak tau haha...seminggu bolehla guna 2-3 kali ikut kerajinan uols semua.
semoga bermanfaat la kak lina punya testimoni ni eh...
bye...

Tuesday, 4 July 2017

Luahan Hati Farah Lee(isteri ally iskandar)

July 04, 2017 5
Luahan Hati Farah Lee(isteri ally iskandar)


Luahan Hati Farah Lee(isteri ally iskandar)|Tiada pasangan suami isteri yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian, lebih-lebih lagi jika sudah memiliki cahaya mata hasil perkongsian hidup. Namun bukan jodoh semua pasangan ke akhir hayat. Begitulah juga perkahwinan Farah Lee dan Ally Iskandar. Mereka berdua telah bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Maream Esabel.Apabila sudah bergelar janda, sudah pasti ada kritikan, tohmahan dan pandangan sinis yang diterima oleh Farah Lee. Apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata sesetengah manusia. Terbaru, Farah Lee telah menulis panjang lebar meluahkan isi hatinya. Sedih juga membacanya.


Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi..Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream..Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan..Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan..Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu..Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur..Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.
. Sedih kan membacanya? Kita tidak merasai apa yang dialami oleh Farah dan juga Ally di dalam perkahwinan mereka, jadi janganlah kita menjadi hakim sesuka hati. Apa pun, semoga Farah tabah menghadapi dugaan ini. Doakanlah agar Farah akan bertemu seorang lelaki yang akan berjaya mengisi kekosongan hatinya. Insya Allah. Amin.

Sumber BeautifulNara


Luahan Hati Farah Lee(isteri ally iskandar)
Luahan Hati Farah Lee(isteri ally iskandar)

Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang

July 04, 2017 2
Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang
Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang|Mengisahkan Lady Lee Syazana yang baru pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran perubatan di Jakarta, dan kepulangannya tidak diketahui kedua ibu bapanya. Yang tahu hanya setiausaha bapanya, Mira. Syazana mahu berehat seketika sebelum memberitahu orang yang dia sebenarnya sudah pulang. Apabila Mira melihat Syazana, dia sedikit terkejut, kerana kali terakhir dia berjumpa dengan Syazana dulu, Syazana adalah seorang yang gemuk dan tidak menarik.
Rafiqi Rayyan pula didesak dengan masalah kewangan syarikat bapanya. Dato Sabri dan Datin Sofea merasa kalaulah Rafiqi boleh berkahwin dengan anak orang yang sama kaya, mungkin keluarga isteri Rafiqi boleh bantu melabur dalam syarikat dia. Akhirnya, Dato Sabri dan Datin Sofea memujuk Rafiqi untuk berkahwin dengan anak kenalan mereka, Dato Lee dan Datin Helena.
Sementara itu, pertemuan beberapa kali antara Rafiqi dan Syazana selalu dalam keadaan bermasalah dan sering menimbulkan perkelahian mereka berdua. Setiap kali berjumpa, ada saja yang tak kena sama ada dengan sengaja atau tak sengaja.
Syazana bengang apabila dia dapat tahu yang dia akan dikahwinkan oleh bapanya. Dia mula membuat satu rancangan agar idea untuk kahwin itu gagal. Dia pulang ke rumah memakai sut gemuk, membuatkan ibunya Datin Helena dan bapanya Dato Lee terkejut dan risau sekiranya keluarga Dato Sabri tidak bersetuju. Tetapi lebih memeranjatkan mereka adalah apabila Rafiqi yang dikatakan ‘kacak’ itu, tiba dengan perut boroi dan gigi yang jongang.
Rupanya Rafiqi juga mempunyai rancangan menukar identiti asal dengan alasan untuk mengenali sama ada bakal isterinya nanti benar-benar ikhlas atau berkahwin kerana rupa dan harta.
Bermulalah episod perkenalan Rafiqi ‘jongang’ dan Syazana ‘gemuk’. Pelbagai insiden mencuit hati berlaku sepanjang perkenalan dalam samaran mereka ini. Akhirnya, rahsia mereka terbongkar dan wajah sebenar masing-masing dapat dilihat. Rafiqi dan Syazana tidak menyangka mereka telah saling mengenali tapi dalam beberapa insiden perkelahian sebelum ini. Rancangan untuk cuba mensabotaj perkahwinan sendiri gagal. Mereka akhirnya dikahwinkan juga.
Perkahwinan Syazana dan Rafiqi bermula dengan rasa kurang senang apabila bekas teman lelaki Syazana (Aiman) dan bekas teman wanita Rafiqi (Qistina muncul semula). Lebih mengharukan adalah apabila Rafiqi dapat tahu yang Qistina juga merupakan teman baik Syazana sewaktu di sekolah dahulu.
Aiman cuba untuk untuk memujuk Syazana supaya memaafkan dia sebab memutuskan pertunangan dulu. Dan Qistina juga masih lagi menaruh harapan pada Rafiqi, dan dia tahu yang Rafiqi masih belum boleh melupakan dia memandangkan Qistina adalah cinta dia dari zaman persekolahan dulu. Terdahulu, ibu Rafiqi telah memisahkan Qistina dengan Rafiqi menyebabkan Qistina melarikan diri ke luar negara. Ini menjadi rahsia yang disimpan oleh Qistina untuk memberitahu Rafiqi apabila sampai masanya nanti dengan niat untuk merebut kembali Rafiqi daripada kawan baiknya Syazana. Situasi hubungan dengan bekas kekasih masing-masing menimbulkan rasa tidak senang dan pertelingkahan dalam rumahtangga yang baru dibina oleh Syazana dan Rafiqi.
Qistina berpakat dengan Danny, setiausaha Rafiqi, yang dalam diam juga menaruh minat pada Syazana. Bagi Danny, sekiranya dia berkahwin dengan Syazana, hidup dia akan lebih terjamin dan dengan mudah dia akan dapat mentadbir syarikatnya sendiri. Qistina dan Danny membuat rancangan bagaimana untuk memisahkan Syazana dan Rafiqi.
Pelbagai cara dan helah dilakukan Qistina dan Danny untuk membuatkan mereka berpisah hingga akhirnya usaha itu menjadi kenyataan bila Syazana dan Rafiqi benar-benar bercerai atas desakan orang di sekeliling.
Namun rahsia jodoh sememangnya milik Allah. Walaupun berlaku banyak perkara dan fitnah tetapi mereka tetap bersatu bila kebenaran terbongkar. Syazana tidak teragak-agak lagi lalu memberi amaran dan menampar Qistina kerana cuba merosakkan hubungannya dengan Rafiqi. Apakah yang kembali menyatukan Rafiqi dan Syazana sebagai suami isteri?

Saksikan drama bersiri Gaduh-Gaduh Sayang ini dihujung minggu anda setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam bermula 1 Julai 2017 di TV1.
Best tau cerita ni..kak lina dah lama baca novel ni...jom kita tengok versi tv pulak..selalu kak lina tengok kat kepala bergetar...best sebab tak de iklan haha...KEPALA BERGETAR .korang kena tengok sebab hero dia syukri yahya dan heroin risteena munim...sape yg tak suka dengan syukri yahya kannnn....
Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang
Sinopsis Drama Gaduh-Gaduh Sayang

Saturday, 1 July 2017

Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu

July 01, 2017 7
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu
Resepi kek marble lembut dan gebu|Alahai sedapnya lah kek marble ni..sampai sekarang masih teringat kelembutan dan kegebuan kek marble ni..menjadi kewajipan family kak lina buat kek pada petang raya..korang ikutlah resepi ni ok...insyaallah menjadi dan rasanya tidak akan mengecewakan...memandangkan sekarang kan musim raya..memang sesuai la korang buat untuk para tetamu...lagipun kek marble ni mudah sangat nak buat...tak caya??? jom tengok resepi...


Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan 
1 buku butter
3/4 cawan gula 
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur 
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 sk baking powder *
(Kak lina kurangkan sukatan gula dan susu sebab tak suka kek manis2)

Bahan bertanda * disatukan dan diayak

Cara penyediaan :
-pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
-masukkan susu pekat.
-masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
-masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dengan kaedah kacau secara kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, satu pada warna asal dan lagi 3 terpulang nak warna apa..kak lina guna merah,hijau dan coklat.
-panaskan oven terlebih dahulu, Gris keseluruhan loyang bulat bersaiz 8inci, alas loyang dengan baking paper dan gris sekali lagi. 
-masukkan adunan ke bahagian tengah loyang berselang seli hingga habis. Tak perlu ratakan kerana adunan akan sendiri merebak ke bahagian tepi memenuhi loyang. Hentakkan loyang 2 atau 3 kali dan boleh dibakar hingga masak mengikut oven masing-masing. Oven kak lina kecik jadi kak lina guna 160c dan 30 minit.kek ni tak manis...just nice rasa dia.memang xmuak pun makan banyak-banyak..ok selamat mencuba....

Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu




Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu