Selamat Pulang Ke kampung Dan Berhati-hati Di Jalan Raya

Selamat Pulang Ke kampung Dan Berhati-hati Di Jalan Raya|Assalamualaikum..semua dah balik kampung ke?kampung mana tu balik?mesti semua jauh2 kan...yelah dah nama kampung mestilah jauh haha..
Kak lina balik johor tahun ni...eh setiap tahun la balik johor sebab family in law kak lina agama lain..so tak de masalah dan pergaduhan la setiap kali raya.hihi..insyaallah petang ni kak lina akan balik kampung,tula lambat sikit sebab masih kerja kan...kenalah settelakan hal2 kerja dulu,barulah seronok nak balik kampung.
Kampung halaman kak lina di Kota Tinggi Johor.perjalanan lebih kurang 5 jam,bergantung jugak pada traffik.harap2 tak lah tersangkut dalam jem nanti..sakit ooo punggung duk lama dalam kete..lagi2 kalau nak terkucil...aduii tandas pulak kena beratur panjang...phewww...sabo jelah..selalu kot kena macam ni...sebab tu malas nak g mana2 kalau musim2 perayaan ni..

Selamat Pulang Ke kampung Dan Berhati-hati Di Jalan Raya
Selamat Pulang Ke kampung Dan Berhati-hati Di Jalan Raya

Erm...tak sabarla nak jumpa adik beradik,sanak saudara semua,setahun sekali berjumpa mesti banyak benda nak cerita kan...tapi ingat jangan bergosip pulak ye.
Ingat tak kak lina pernah cerita kak lina ada 3 beradik semua nya bloggers...hihi malam ni kami jumpa la nak melepaskan rindu..IRISMYRA dan SIS BELLA.
kebiasaan nya kan,kalau kami dah berjumpa,kami akan bercakap tanpa henti,ada je topik yang nak diceritakan..sampai mak kak lina geleng kepala sebab kerja satu apa pun xbuat...bila mak dah buka mulut apalagi masing2 lari kedapur cari pisau cari bawang cari lada nak buat kerja...hihi seronok pulak rasa.
Adik kak lina yang bungsu ni lelaki...tapi dia boleh join tau kakak2 dia punye topik...seronok kalau dia ada..dia jelah yang selalu menambah seri dan buat lawak untuk kakak2 dia...dia paling manja dalam keluarga kami.walaupun dah bujang,dah abis stpm tau,dia masih peluk cium mak kak lina..haha macamana lah kalau dah sekolah jauh tu...jangan sampai kena buli dah la dikk...
kalau anak sedara pulak..myra mia dan aisy...tu jelah yang ada...sebab kak lina dan irismyra je yang dah khawin..nak tunggu sis bella ntah bila tu ek??haha biarlah dia enjoy dulu katanya...nak kumpul duit banyak2 ...selalu yang paling rapat rayyan dengan myra la...sebab dah besar kan...mia pulak selalu nangis sebab kakak ngan rayyan xmo main dengan dia...kang tengah main2 dengolah orang melalak...hahaha...tapi budak2 kan...kejap nangis...pastu ketawa pulak...haha ragam budak2 kan.
panjang dah kot  bercerita ni...sebenarnya kak lina tak siap lagi tau kemas baju...malasnya lahai...kena stop dulu ni uols...nnt ada je barang tinggal.
kak  lina doakan korang selamat sampai ke kampung ok,berhati2 bawak kete eh...pastikan kereta dah di servise eh...touch n go isi siap2..minyak isi full ok...

Baca juga
tips keselamatan sepanjang musim perayaan
plus tutup semua lorong tunai

Selamat Pulang Ke kampung Dan Berhati-hati Di Jalan Raya
Selamat Pulang Ke kampung Dan Berhati-hati Di Jalan Raya


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.....







10 comments:

  1. adik beradik, kalau dh lama tk jumpa. haha sekali jumpa. ada je topik nak ckp. hahah. selamat hari raya kak lina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik..selamat hari raya jugak untuk adik eeiou

      Delete
  2. Selamat pulang ke kamoung.
    Masa memandu jangan main mercun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..tak main mercun la dalam kete hahaha...main bom jeeeeee

      Delete
  3. Sama la...

    tengah malas nak kemas baju nak bawa balik kampung beraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terharu bro framestone komen...hihi selamat hari raya bro

      Delete
  4. Selamat hari raya Lina. Maaf zahir batin. Semoga selamat sampai ke kampung halaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ana....selamat hari raya juga untuk ana sekeluarga

      Delete
  5. Lina kampung JB ke? Berhati2 dijalanraya ye. Mama balik muar Raya ke 3. Seronok Ada adik beradik blogger. Adik mama dulu sorang aje blogger sekarang dh x aktif sebab lupa password blogger dah katanya hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye mama,balik jb...sama lah kita kan..family banyak kat johor..selamat hari raya untuk mamapipie sekeluarga

      Delete

Powered by Blogger.