Header Ads

Sayur Pucuk Kacang

Sayur Pucuk Kacang| Assalamualaikum..hai uols,dah abes raya ke?mesti sakit perut kan asyik makan yang berlemak je...rasa tak boleh nak telan dah lauk2 raya tu..sebenarnya lauk2 camtu sekali 2 je makan,lepas tu mesti nak nasi dan lauk yang simple je kan..
Semalam kak lina dah sampai ke bangi setelah puas menempuh jem...aduuu...teruk giler jam,sampai rasa nak terbang je dr kereta tu...dah puas tido pun xsampai2 lagi..lega nya dah lepas fasa jem2 ni.
Hari ni masak simple sangat...goreng ayam,ikan pari masak asam pedas dan sayur tiu miu(pucuk kacang)
Sedap kan sayur ni..lagi sedap la dari togey..jom tengok resepi yang senang ni..


Resepi sayur pucuk kacang

Bahan2
Sayur pucuk kacang
Bawang merah 
Bawang putih
Ikan bilis
Sos tiram
Minyak bijan
Garam
Serbuk perasa
Lada merah


Cara-cara:
Bawang merah dan bawang putih dihiris ye..
Panaskan minyak dan tumiskan ikan bilis dahulu..bila dah layu masukkan bawang merah dan putih tadi,sos tiram dalam 1 sudu besar..kemudian renjiskan minyak bijan sedikit..
Bila bawang dah layu bolehla masukkan sayur pucuk kacang dan lada merah tadi..
Jangan layu sangat nnt tak sedap...tambahkan garam dan serbuk perasa...dah siapppp...



Sayur Pucuk Kacang
Sayur Pucuk Kacang

2 comments:

  1. alahai sedapnya.. nak sikit boleh?

    ReplyDelete
  2. Sedap juga sayur ni. Ana pernah makan beberapa kali je sebab jarang masak dkt rumah sayur ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.