Header Ads

Resepi Sagu Mata Ikan

Resepi Sagu Mata Ikan |Assalamualaikum..Ada ke peminat kuih sagu mata ikan kat sini?kuih sagu mata ikan salah satu favourite anak kak lina yang sulung,tapi dia panggil kuih telur mata katak,haha macam-macam nama timbul kan.
Lagipun panas sangat la cuaca kat luar tu,so kena la sejukkan tekak time buka nanti..selain simple kuih ni juga mudah disediakan...tidaklah serumit mana pun...yang penting kena ada kerajinan lah...kalau kita malas pastu paksa diri buat kuih...ermmm memang tak menjadilah nnt..sebab kak lina da selalu macam tu haha...
ok jom tengok resepi...

Resepi Sagu Mata Ikan
Resepi Sagu Mata Ikan

Bahan-bahan:

Sagu biji 1 cawan
Air 3 cawan
Gula 3/4 cawan
Perisa sirap
Kelapa parut putih

Cara-Cara:

Air 3 cawan didihkan...
Masukkan perisa sirap
Bila air sudah mendidih bolehla masukkan sagu tadi
tunggu sehingga sagu pekat barulah masukkan gula.
ok bila dah siap kita kukus dalam 10 minit.
*sagu tak payah rendam,just cuci dengan air lalu sahaja...takut kuih sagu kita lembik nnt.

Resepi Sagu Mata Ikan

Kak lina masuk dalam bekas kecik ni,,senang tak payah potong2...bila kuih dah sejuk bolehla disalut dengan kelapa.

*kalau nak kuih tahan lama kukus sekejap kelapa tadi bersama sedikit garam.





9 comments:

  1. Alahai my favourite kuih la Lina. Ni yg nak berjiran dgn Lina ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita berjiran mama...hihihi

      Delete
  2. Owh... ini nama dia ye... tau makan je xtau nama dia

    ReplyDelete
  3. Sedap ni Kak Lina...Saya prefer jenis ni dari sagu gula melaka tu...

    ReplyDelete
  4. I like this kuih also especially when its chilled

    ReplyDelete
  5. senang sangat nak buat kuih nie kak.. nanti nak try laa buat bile ade masa.. huhu

    ReplyDelete
  6. Lama gile dah tak makan kueh ni.. Sedap tu..

    ReplyDelete
  7. Menawan sungguh kuih sagu ni lina. Warna dia cantik sgt. Ana suka juga makan kuih sagu ni. Kalau ada org jual mesti ana akan beli :)

    By the way thanks Lina atas nasihat hari tu. Ana sgt hargai komen2 sahabat semua. Alhamdulillah I'm getting ok. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  8. Suka kuih ni..tapi selalu buat x jadi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.