Resepi Kerang Masak Pedas

Resepi Kerang Masak Pedas

Assalamualaikum...Petang ni tetiba nak makan kerang masak pedas,pergilah kedai nak cari kerang...ala kerangnya kecik2 semuanya, tak semangat nak tengok...tapi dah teringin sangat belilah juga sikit buat rasa-rasa.kadang-kadang geram jugak tau,time kita tak nak makan boleh pulak gemuk-gemuk kerang nya...fresh lagi gitu...haha mesti semua pun pernah rasa camtu kan...time nak makan,time tu jugak la benda tu tak de hihi sabo jelah kan...
Selalunya kak lina rebus je kerang ni,hari ni terlebih rajin so terhasil lah resepi kerang masak pedas ni...


Resepi Kerang Masak Pedas
Resepi Kerang Masak Pedas



Resepi Kerang Masak pedas


Kerang-Dibasuh dan direbus sehingga kulit kerang terbuka(ditos seketika)

Bahan-Bahan Kisar:
Bawang Merah-1 biji
Bawang Putih -2 ulas
Halia-1 inci
Lada kering-(5-7 tangkai ikut kepedasan yang korang nak)

Asam Jawa
SosTiram
Gula
Garam
Serbuk perasa(tak letak pun takpe)

Cara-Cara:
Panaskan minyak dalam kuali,Tumiskan bahan kisar tadi.
Setelah garing bolehla di masukkan sedikit air asam jawa,sos tiram,gula dan garam.
Masukkan kerang yang sudah ditoskan tadi,kacau hingga sebati..
Jika suka berkuah bolehla ditambah air sedikit...
Akhir sekali rasa masakan anda,jika dah cukup sila tutup api.
Daun bawang tu saja kak lina letak saja wat cantik2..
Done...bolehla dihidang...


5 comments:

  1. Dapt juga resipi kerang untuk makan malam ni!!! - Racheal

    ReplyDelete
  2. Kerang yg kering pun ada jual.

    ReplyDelete
  3. akk beli kerang hari Sabtu hari tu tapi frust sbb kecil2 jer size dia...kalau dapat besar sedap buat goreng pedas mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs fuzy,
      Blog you susah nak komen.
      Asik offline je.

      Delete
  4. Kerang dah mahal ohhhh Kak Lina, sedih tengok 1Kg dah RM10...Adeii...Sedap pula tengok resepi akak ni, nak tak nak kena la cari nanti, haha.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.