Header Ads

Ikan Sembilang Masak Asam Pedas

Assalamualaikum..

Ikan Sembilang Masak Asam Pedas|Ada tak yang suka ikan sembilang ni,bukan apa,kadang-kadang ada yang tak berapa suka ikan-ikan yang macam ni kan...bagi kak lina pulak,tak memilih...apa jenis ikan pun kak lina bedal,tapi sedaplah ikan ni,lagi2 yang fresh tu...ermm...manis dan lembut tau...memang favourite kak lina ikan sembilang masak asam pedas ni..kalau ada yang sama citarasa tu jom sep sikitt hihi...

Ikan Sembilang Masak Asam Pedas





Resepi Ikan Sembilang Masak Asam Pedas

Bahan-bahan
Ikan sembilang dicuci bersih
(rendam dengan air limau kasturi)
3/4 cawan cili kisar

1 genggam daun kesom

2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1

1/3 cawan jus asam jawa

Garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya



Bahan Kisar

12 biji bawang merah kecil

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1/2 inci halia


Cara-Cara

  1. Ikan sembilang disiang, buang bahagian isi perut dan insangnya. Kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum dan jus limau nipis (1 biji limau nipis). Perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar,kacau rata. Masak hingga naik minyak. Tuang air (anggaran 1 liter), kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa kacau dan masak sekejap.
  3. Masukkan ikan sembilang, kacau perlahan, tambah bunga kantan dan daun kesom,Biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap, Rasa dan jika ok boleh matikan api.




Jomla korang cuba resepi ni...ikan pape pun boleh..ikut je anak tekak korang suka ikan apa...ikan bilis pun boleyyyy hahha...ok gurau je heh...







5 comments:

  1. tu diaaa.. tgk gambar pun dh menyelerakan. lea mmg suka sgt asam pedas ni.. terutama asam pedas pari.. perghh mmg sedap..

    ReplyDelete
  2. nice looking dish, though I kurang minat ikan sembilang

    ReplyDelete
  3. Waaah, sedapnya....masalahnya sy tak pandai memasak.huhu....mungkin resepi u boleh rujukan. Thanks

    ReplyDelete
  4. looks so good to eat. I am so hungry now, I like flavor of asam pedas

    ReplyDelete

Powered by Blogger.