Header Ads

Adab Bertandang Ke Rumah Tetamu Ketika Berhari Raya



Adab Bertandang Ke Rumah Tetamu Ketika Berhari Raya.|Assalamualaikum,ini adalah topik yang menjadi perbualan hangat ketika di hari raya kan..ada saja yang tak kena kalau kita bertandang kerumah orang atau tetamu yang bertandang ke rumah kita.ini terjadi kerana kurangnya kesedaran didalam diri masing-masing,perasan tak anak muda zaman sekarang tidak mahu bertandang kerumah saudara-mara,mereka lebih suka bersiar-siar diluar...sebenarnya kunjung- mengunjung ni penting untuk mengeratkan silatur rahim sesama kita.yelah bukan selalu berjumpa kan,time hari raya ni lah nak berkenal dengan rapat lagi..




Tapi itu semua terkubur begitu sahaja kerana apabila kita tidak menjaga kelakuan kita,tutur kata yang sesedap rasa menyinggung hati kita ...tapi kita hanya boleh mendiamkan diri kerana tidak mahu berbalah...benda ni memang wajib la terjadi ada saja soalan panas yang bakal kita jawab nanti...ermmm kalah wartawan makcik2 kita ni semua...kalau yang belum khawin...akan di tanya bila nak khawin?yang dah khawin...bila nak ada anak?bila dah ada anak,bila nak tambah lagi satu??bila anak berderet pulak...tak penat ke jaga anak ramai???hah berangkai uolss soalan mereka ni...kadang2 sampai hilang mood nak beraya kan...ade saja lah yang tak puas hati...paling menyampah kalau ada yang tanya macam ni...eh kenapa ko dah gemuk???eh kenapa ko daah hitam??eh kenapa anak ko kurus???huwaaaa.....korang rasa camne ehhhh????takde perasaan ke orang yang tanya ni....Adab kat mana???Mohon la pada semua...jangan la di sebut2 benda diatas tu ok...jagalah hati dan perasaan tetamu anda.


Dibawah ini ada sedikit tips:

Adab Bertandang Ke Rumah Orang Ketika Berhari Raya.

  1. Jangan Terlalu Lama-Hindari pembicaraan yang terlalu lama sehingga kegiatan bertandang ke rumah tuan rumah menjadi lama.  Kecuali memang tuan rumah mengizinkan tamu berlama-lama bertamu di rumahnya.  Tuan rumah juga manusia yang memiliki kesibukannya sendiri sehingga sebaiknya kegiatan bertandang dilakukan seperlunya saja dan jangan berlama-lama.
  2. Tidak Menyusahkan Tuan Rumah-Sebolehnya jangan meminta yang bukan2 seperti kuih itu air ini..makan sahaja apa yang tuan rumah hidangkan..dan jangan tanya kenapa kuih ni keras la kuih ni tak sedap ke...elakkan ehhh.
  3. Selalu Bersikap Baik Dan Sopan-Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan sopan..dan jangan sampai terlampau bergosip sehingga menjejaskan motif utama kita berkunjung adalah kerana merapatkan ukhuwa...Jika ada yang kita tidak suka atau berkenan..lebih elok jika kita hanya mendiamkan diri sahaja.
  4. Sedia Membantu Jika Diperlukan-Ringan-ringankanlah tulang anda tu ok...jangan malas sangat nak tolong tuan rumah..walaupun kita ni tetamu tak semestinya kita tak boleh menolong,kesian tuan rumah menyediakan juadah untuk anda dan tetamu lain...kalau kita rajin tuan rumah tak kan rasa menyesak menjemput anda ke rumahnya.

So...fikir-fikirkan lah sebelum bertandang ke rumah orang,jangan nak buat perangai pulak ye...hihi..bye jumpa lagi next entri....
gambar dari google

Adab Bertandang Ke Rumah Tetamu Ketika Berhari Raya.
Adab bertandang ke rumah tetamu di hari raya.

1 comment:

  1. unni pun ada buat pasal ni.. btw btl tu nk p braya kena ;a ikut adap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.