Header Ads

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api



siput sedut masak lemak cili api







BAHAN-BAHAN :


1 peket siput sedut
 5 cawan santan - secukupnya
 3 batang serai - dititik
1 keping asam keping


 BAHAN DITUMBUK LUMAT :
 10 biji cili api - boleh tambah
 2 inci kunyit hidup
 Garam kasar secukup rasa
 * kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi


  CARA MEMASAK :

 Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni . Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu .
  Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi . Kacau kuah supaya tak pecah minyak ,
 sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

*Kalau suka boleh campur batang keladi atau pun daun pegaga lagi sedap..tapi akak tak letak pape sebab terlupa nak beli daun pegaga tu..
jom simpan tenaga....hahaha nak makan ni kena guna tenaga ok..nafas pun kena panjang hihihi...semput nak menyedutnya...

11 comments:

  1. Replies
    1. tak sedap la sis...tapi lazat hahaha

      Delete
  2. suka sangat siput sedut ni tapi tak reti nak sedut membuatkan TB malas nak makan benda ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk ni kena sedutkan untuk anak2...lagi haru...mmg xdan nak sedut diorg xsabar2 nak mkn...haha stress betul

      Delete
  3. sedapnya.. tetiba dah yumyum nak makan masak lemak.. hehe
    saya dah follow sini.. salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga...time kasih singgah sini

      Delete
  4. Oiiiii sedapnya. Nak jaga Cuba masak. Susah sikit beli siput dekat pasar pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betty...memang susah nak cari siput ni

      Delete
  5. wah nampak sedap sgt sis :) nak try buat la nanti.

    ReplyDelete
  6. Utk pengetahuan awak, saya labgsung tak penah masak sendiri menu ni sebab tak reti nak bersiang siput tu. Tapi menu ni memang menjadi pujaan hati jugak la 😆

    ReplyDelete

Powered by Blogger.