SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


Assalamualaikum....

Salam isnin semua....ada yang monday blues ke???hihi tak nak camtu ok...kita mesti semangat setiap hari..Anak-anak uols semua dah habis periksa ke?kebanyakkan sekolah dah habis periksa kan...Sekolah anak kak lina hari rabu nanti baru habis...hmm tah macam mana lah anak-anak ni jawab periksa kan...suruh belajar kemain susah lagi...kena ambek rotan batu nak jalan..berbuih la mulut kak lina ni membebel kat diaorang..

Tapi masa zaman kak lina dulu,kak lina rajin tau belajar,walaupun tak berapa bijak sangat hihi tapi kak lina tau bila time exam mesti kena baca buku walaupun kadang-kadang kak lina tak paham apa yang kak lina baca....hadoiii sabo jelah...

Ok...kak lina cerita sikit pasal SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 
Benda ni dah lama ok kewujudan dia..sejak zaman anak bujang kak lina sekolah rendah lagi..SAPS ni memang memudahkan kak lina untuk cek keputusan peperiksaan diaorang..no kelentong eh orang kata...hahaha yelah anak-anak sekarang bertambah bijak kan..lagi -lagi pengaruh yang tak baik sangat berleluasa di luar sana..sukar untuk kita pantau anak-anak kita bila mereka di luar rumah.

so....SAPS ni memang satu alternatif yang sangat bagus untuk ibu bapa diluar sana..kita dapat tau dulu keputusan diaorang...jadi memang memudahkan...kadang-kadang kita tak dapat datang sekolah untuk ambil report kad...tapi kita dah boleh tengok secara online keputusan diorang..

Apabila kita ibu bapa ni sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.


Kat sini kak lina share cara-cara nak buat semakan SAPS

-Klik link dibawah ini untuk masuk ke laman SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah





-Ok bila dah jumpa yang macam kat atas ni..
-Masukkan no k/p pelajar
-Klik sekolah menengah@rendah
-Pilih Tahun
-Semak laporan

Hahh....pastu akan keluarlah segala keputusan anak-anak kita...siap boleh print lagi...
Senang dan mudah bukan...



macam ni lah result yang keluar nanti...ni result anak kak lina tahun lepas...tengoklah matematik dia dapat E....hmmm nampaknya kak lina kena jadi mak yang garang lepas ni...sorry rayyan hahaha,tahun ni belum keluar lagi sebab belum habis periksa lagi...berdebar lagi lah kak lina lepas ni huhuhu....



SAPS ni boleh digunakan oleh semua sekolah..
-Sekolah rendah(Tahun 1-Tahun 6)
-Sekolah Menengah(Tingkatan 1-Tingkatan 5)

Tapi kan bila guna SAPS ni mak-mak pulak yang berdebar hahaha...iye rasa takut gementar gitu haishhh macam kita pulak yang ambil periksa...anak-anak relax je buat muka tak bersalah..bila kita marah keputusan tak elok sengih je memanjang....hadoiii anak oh anak..

ok sampai sini dulu..semoga ianya dapat  membantu ibu-ibu diluar sana cara menggunakan saps ni..


MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-


2 comments:

  1. Kaklina.. Kat kementerian pelajaran memang tengah hangat mempromosikan sistem ni.
    Bagi AS, ni antara penambahbaikan yg sangat2 bagus. Banyak menyenangkan mak ayah. Yang selama ni tiap2 3 bulan sekali kena datang sign report card. Renyah jugak untuk mak ayah yg berkerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu annur...semakin mudah kerja mak ayah kan

      Delete

Powered by Blogger.