Header Ads

Kari Ikan Mamak

Assalamualaikum..
Hari ni nak share masakan yang selalu akak masak...dalam seminggu mesti 2 kali masak kari..kiranya kari adalah menu wajib dalam rumah ni..macam xsedap la kalau tak dapat makan kari..kat rumah ni semuanya tekak mamak..jom cek resepi...

Kari Ikan Mamak

Bahan Kisar
  • 7 ulas bawang kecil merah   
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Hiris

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
Bahan-Bahan

Ikan Tenggiri@apa2 ikan pun boleh-3 keping
Daun Kari
Serbuk Kari Babas
Herba campur 1 sudu kecil
Cili Kisar
Bende
Tomato
Terung
Asam Jawa
Garam
Gula


Cara-Caranya:

  1. Tumis bahan hiris tadi sehingga kekuningan,campak sekali daun kari dan herba campur  tadi,
  2. bila dah garing masukkan bahan kisar,tumis sehingga garing dan pecah minyak,
  3. kemudian masukkan serbuk kari babas dalam satu paket kecil,tumis lagi sehingga garing,jangan sampai hangus ye.
  4. ok..lepas tu masukkan air asam dan air masak sedikit.
  5. bila air dah mendidih bolehla masukkan gula dan garam.
  6. masukkan ikan tadi dan akhir sekali tomato,terung dan bende.
  7. tunggu hingga ikan masak dan rasa masakan kita kalau ok bolehla tutup api.
  8. Akak tak letak santan,kalau uols suka boleh je letak.
  9. dahhhh....hidangkan juadah anda.
kari ikan mamak

7 comments:

  1. Nice recipe. Want to try it soon.

    ReplyDelete
  2. Saya orang Utara, dan resepi ni sebijik macam orang Penang punya masak kari. Mamak pun approved ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak....orang utara dai mai dahhhh...malunya cekkkk hihihi

      Delete
  3. Omgee lama cari resipi niiii.. Nanti saya try. Thanks share :D

    ReplyDelete
  4. yeahhh dah jumpa kari ikan mamak.. Nak test nanti.. thankzzz mama danish.. tapi nak tanye, herba campur tu ape? ke yang kayu manis n bagai2 tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.