Bila Anak Positif Denggi

Assalamualaikum

Hari ni akak nak share pengalaman anak demam denggi...kesian sangat bila anak sakit,
Rayyan memang susah sangat nak demam,kalau demam memang seminggu jugak la baru nak kebah.

Pada hari jumaat lepas,rayyan dah mula demam,ingatkan demam biasa,tapi bila dah 4 hari demam on off,walaupun da makan ubat,demam tak nak turun...lambat sangat nak kebah.

Keesokkan hari badan rayyan da mula keluar bintik2 merah...allahu risaunya tak terkata..

demam denggi
Bila Anak Positif Denggi

Nampak jelas kan bintik2 tu,lepas mandikan dia,akak terus bawak ke klinik untuk ambil darah dia,dalam hati dah kuat mengatakan yang rayyan demam denggi,so untuk kepastian akak pergi  buat rawatan di klinik assalam bangi..

bila Dr tengok badan rayyan da penuh bintik2,dr pun terus ambil darah rayyan...risau jugak rayyan tak nak bagi kerjasama sebab rayyan tak pernah jumpa Dr lain selain ayah dia,alhamdulilah rayyan tak nangis semasa proses mengambil darah...keputusan tak lama dalam satu jam dah tahu keputusan.

Bila Dr panggil masuk bilik,Hati dah berdebar kencang hihi...faham-faham jelah kan bila jadi ibu ni,macam-macam yang bermain di fikiran ni.

demam denggi
Bila Anak Positif Denggi


Keputusan menunjukkan rayyan positif denggi...rasa dah tak menentu..macam nak menangis kat situ jugak..tapi Dr cakap masih tak serious lagi,PLT dia pun masih ok dan tak turun sangat..so kena pantau dari segi makan dan minum..kalau boleh memang kena minum air banyak...tapi budak-budak ni makin kita suruh,makin la diorang wat hal..

Bila petang je rayyan da semakin lemah,dia hanya tidur sepanjang hari, suruh makan minum pun dia tak nak...yaallah susahnya rasa nak jaga dia masa ni..tuhan jelah yang tahu...bertabahla je la hati ini.
mujurlah malam tu sepupu rayyan datang,dia kuatkan semangat nak main..sampai tak nak tidur pulak..tapi jelas dia xberdaya..tapi dia happy sebab kakak dia datang haha...

Besoknya rayyan takde perubahan,masih lemah seperti semalam...paling teruk bila tiba waktu petang dia gatal-gatal,tapak kaki pun sama tergaru-garu...Allah siannya dia...cuma boleh bagi ubat jelah untuk bantu dia.

Malamnya,ayah rayyan masukkan air sebab rayyan tak menunjukkan perubahan positif..lagipun dia tak nak minum air dengan banyak...so terpaksa jugak bagi drip pada dia...

demam denggi
Bila Anak Positif Denggi

Pada hari ke tujuh demam masa ada lagi,pelik betul,lama gile tak baik-baik lagi,so kami pergi Poliklinik Pusrawi untuk ambil ujian darah lagi..setelah menunggu lama,akhirnya keputusan dah keluar...alhamdulilah dah ada perubahan pada PLT dia...
ambil masa rupanya demam denggi ni...walaupun demam da ok..tapi dia masih letih dan tidak bermaya..ditambah lagi dengan batuk dan selsema..seminggu la cuti,tak boleh sekolah..

Jadi sebagai ibu bapa kita kenalah ambil tahu setiap perubahan pada anak kita,walau seminit kita terlewat akan menjejaskan dan memudaratkan anak kita...semoga dapat ambil iktibar dengan tanda-tanda yang akak sebutkan tadi.

TANDA-TANDA DEMAM DENGGI

  • DEMAM
  • HIDUNG BERAIR
  • BATUK
  • RUAM KULIT YANG RINGAN
  • KURANG SELERA MAKAN
  • LOYA
  • GATAL DI TAPAK KAKI
  • LEMAH SEMASA SAKIT DAN SELEPAS SEMBUH
* Pastikan makan dan minum dengan cukup agar tubuh kita cukup kuat untuk melawan virus denggi
pastikan juga anda rehat secukupnya...semoga kita dijauhkan dari segala penyakit yang merbahaya.


Semua tanda diatas ada pada rayyan...alhamdulilah rayyan dah semakin sihat nampaknya,semoga di jauhkan dengan penyakit yang serious selepas ini.-AMIN-




MENULIS DARI HATI
-LINASHAZA-

1 comment:

  1. Thankful to read that your son is recovering! I have many friends who are victims of dengue!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.