Header Ads

Berkat Bulan Ramadhan...Tahniah Mawar Dan Fizo Omar

Assalamualaikum..


ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KPD MAWAR DAN FIZO.
Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.
Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam kaedaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkongan 10 %. Risiko ini meningkat bagi mereka yg mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakkannya.
Mari kita doakan agar kehamilan Mawar akan terus tumbuh dan berkembang secara normal sehingga cukup bulan ( 37 - 40 minggu). Aamin.
Nasihat saya kpd Mawar dan Fizo.


1. Banyakkan amal ibadah, solat, baca quran, zikir, selawat dan berdoa terus menerus.
Banyakkan bersedekah dan menolong orang2 miskin, tua dan dhaif khususnya dibulan ramadan yg mendatang
2. Senyum selulu dan bercakap lunak. Bila jumpa orang islam ucapkan 'assalamualaikum'
Hubungkan dan kukuhkan silaturrahim
3. Rehat banyak2, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja2 berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. Pada asasnya kurangkan stress kerana ia bolih mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur.
Lakukan 'deep breathing exercise' berulang2 bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksijen kesemua tubuh badan khususnya rahim yg sedang hamil.
4. Makan bahan2 berzat dan berkhasiat, yang segar dan mentah. Lebihkan buah2 dan sayur2, jus buah2 dan salad.
Imbangkan makanan dengan lauk2 yg jadi sumber perotin serta makanan2 pembekal karbohaidret dan lemak.
5. Jangan lupa makan multivitamins, folic, vitC, vit E dan fish oil untuk menampong pertumbuhan janin dalam rahim.
6. Dalam tiga bulan pertama penting rahim diperkuatkan dengan hormon progesterone. Ini bolih diberi sebagai suntikkan - inj proluton atau tablet 'duphaston'
6. Tentukan cukup tidur , 7-8 jam setiap hari. Hubungan intim suami isteri perlu dikurangkan atau dikawal dalam peringkat awal kehamilan.
7. Kita semua tumpang gembira dan mendoakan agar kehamilannya akan berjalan lancar dan seterusnya mendapat zuriat terbaik. Aamin Ya Robbal Alamin.




Berita di sahkan oleh DR HAMID ARSHAD di facebook beliau...
Tahniah sekali lagi mawar dan fizo,semoga baby membesar dengan sihat and take care mawar.



2 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah pada mawar.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Fizo dan Mawar..jaga kesihatan tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.