May 2017 - Lin Liena Story

Tuesday, 30 May 2017

Berkat Bulan Ramadhan...Tahniah Mawar Dan Fizo Omar

May 30, 2017 2
Berkat Bulan Ramadhan...Tahniah Mawar Dan Fizo Omar
Assalamualaikum..


ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KPD MAWAR DAN FIZO.
Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.
Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam kaedaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkongan 10 %. Risiko ini meningkat bagi mereka yg mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakkannya.
Mari kita doakan agar kehamilan Mawar akan terus tumbuh dan berkembang secara normal sehingga cukup bulan ( 37 - 40 minggu). Aamin.
Nasihat saya kpd Mawar dan Fizo.


1. Banyakkan amal ibadah, solat, baca quran, zikir, selawat dan berdoa terus menerus.
Banyakkan bersedekah dan menolong orang2 miskin, tua dan dhaif khususnya dibulan ramadan yg mendatang
2. Senyum selulu dan bercakap lunak. Bila jumpa orang islam ucapkan 'assalamualaikum'
Hubungkan dan kukuhkan silaturrahim
3. Rehat banyak2, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja2 berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. Pada asasnya kurangkan stress kerana ia bolih mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur.
Lakukan 'deep breathing exercise' berulang2 bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksijen kesemua tubuh badan khususnya rahim yg sedang hamil.
4. Makan bahan2 berzat dan berkhasiat, yang segar dan mentah. Lebihkan buah2 dan sayur2, jus buah2 dan salad.
Imbangkan makanan dengan lauk2 yg jadi sumber perotin serta makanan2 pembekal karbohaidret dan lemak.
5. Jangan lupa makan multivitamins, folic, vitC, vit E dan fish oil untuk menampong pertumbuhan janin dalam rahim.
6. Dalam tiga bulan pertama penting rahim diperkuatkan dengan hormon progesterone. Ini bolih diberi sebagai suntikkan - inj proluton atau tablet 'duphaston'
6. Tentukan cukup tidur , 7-8 jam setiap hari. Hubungan intim suami isteri perlu dikurangkan atau dikawal dalam peringkat awal kehamilan.
7. Kita semua tumpang gembira dan mendoakan agar kehamilannya akan berjalan lancar dan seterusnya mendapat zuriat terbaik. Aamin Ya Robbal Alamin.




Berita di sahkan oleh DR HAMID ARSHAD di facebook beliau...
Tahniah sekali lagi mawar dan fizo,semoga baby membesar dengan sihat and take care mawar.



Resepi Popiah Goreng

May 30, 2017 4
Resepi Popiah Goreng


Assalamualaikum..

Hari ni kak lina nak share resepi popiah goreng...Buat sendiri puas makan kan,kalau beli kat bazar dah sejuk,pastu intinya alahai...adalah selai dua sayurnya....ni buat sendiri isilah banyak2 sayur dalam tu..senang sangat resepi popiah goreng ni...jom kita tengok kat bawah ni..

Resepi Popiah Goreng

1 bungkus kulit popiah(selalu beli jenama KG,tapi xde stok guna la yang ni)
3 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
kalau nak letak lada hijau @ merah pun boleh


Resepi Popiah Goreng

Sayur Kobis
Sayur Karrot
Taugeh
Daun Bawang
(semua di hiris halus)
Tumis bawang putih sampai garing,masukkan kiub ikan bilis dan garam sedikit sahaja,kemudia masukkan semua sayur tadi..bila dah layu bolehla tutup api.sayur biar betul2 kering ye nanti dia berair susah kita nak gulung popiah.


Resepi Popiah Goreng

Bolehla di gulung popiah kita tadi....dan sedia untuk digoreng,pastikan minyak sudah panas dan api sederhana besar,takut hangus pulak popiaj kita ni.

Resepi Popiah Goreng


 Popiah ni bolehla dicecah dengan sos cili...Selamat Menjamu Selera.



Sunday, 28 May 2017

Resepi Mee Goreng Dan Garlic Bread

May 28, 2017 11
Resepi Mee Goreng Dan Garlic Bread

Assalamualaikum...

Alhamdulilah dah hari kedua hari ni kita berpuasa kan...korang berbuka apa tu?ok lah kak lina nak share resepi mee goreng...ala mee goreng je kot,semua orang pandai lah...hahaha apa kata cuba resepi dari kak lina eh...senang je ni simple pulak tu..


Lada kering 10 tangkai(ikut kepedasan yang korang nak)
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segengam udang kering
*semua bahan diatas diblender halus ye..

Bahan hiris
1 biji bawang besar
1 biji bawan putih

fishball
udang
taugeh
sayur sawi
tomato
kicap
sos cili
sos tiram
garam dan gula




Tumis bawang merah dan putih sehingga garing,kemudia masukkan bahan yang di kisar tadi..tunggu sehingga garing barulah masukkan sedikit air,bila dah menggelegak bolehla masukkan fishball dan udang...pastu masukkan sos tiram 2 sudu,sos cili 2 sudu garam dan gula,jangan lupa renjiskan kicap manis sedikit,kalau suka mee warna gelap masukkan kicap pekat sedikit.



ok akhir sekali masukkan mee kuning,sayur sawi dan taugeh kita tadi,gaul sampai rata ye...untuk hiasan taburlah bawang goreng,daun sup dan daun bawang.....done....siap dihidangkannnn...


resepi garlic bred 

1 buku roti perancis
1 sachet sup segera cendawan keju dengan crouton
buttercup(garlic spred with herbs)


 korang potong roti perancis tu cantik-cantik..pastu sapu garlic spread with herbs,sapu dikedua -dua belah ye..kemudian bakar diatas kuali non stik...jangan lama-lama cukup sekadar nak panaskan sedikit je...



Dah siapppp...sedap uols rasa dia...rangup sangat dengan wangi butter bawang putih tu..pastu dicecah pulak dengan sup cendawan walllahhhhhh.....hihihih....sup cendawan tu just campurkan je dengan 200ml air panas...selamat mencuba......











Saturday, 27 May 2017

Resepi Nasi Tomato Mudah Dan Cepat

May 27, 2017 11
Resepi Nasi Tomato Mudah Dan Cepat
 Assalamualaikum...

Hari ni kak lina berbuka dengan menu nasi tomato bersama ayam masak merah ditambah pula dengan dalca ayam...mudah je kalau nak buat nasi tomato ni..tak banyak guna tenaga pun..so pada yang nak mencuba buat sendiri nasi tomato di rumah dipersilakan mencuba resepi nasi tomato kak lina ni....


Resepi Nasi Tomato Mudah Dan Cepat



bahan -bahan kat atas tu blender sampai halus
*kunyit kat atas tu abaikan eh...tersesat pulak haha

Resepi Nasi Tomato Mudah Dan Cepat

Tuang minyak masak,tunggu sehingga panas,masukkan bahan blender tadi(bawang)
masukkan sebatang serai,sementara nak tunggu garing bolehla cuci beras lebih kurang 5 cawan..air pun dalam 5 cawan ye..boleh la on suis periuk nasi kita..bila dah garing kita terus masukkan dalam rice cooker kita di ikuti dengan tomato yang kita blender tadi.bolehla masukkan sekali serbuk perasa dan garam.Bila nasi kita dah mendidih masukkan susu cair dalam setengah cawan..kalau nak warna merah pekat bolehla ditambah dengan tomato puri.



Resepi Nasi Tomato Mudah Dan Cepat


Nasi dah kering...wah dah cantik,warna tak berapa nak merah sangat sebab kak lina tak letak tomato puri,terpulang pada selera masing2 ye.bila dah siap bolehlah ditabur daun bawang,daun ketumbar dan bawang goreng....

Resepi Nasi Tomato Mudah Dan Cepat

Done....dah siap dah nasi tomato yang mudah dan cepat ni....selamat mencuba..
bagi yang nak resepi ayam masak merah boleh klik link ni...AYAM MASAK MERAH



Friday, 26 May 2017

Minuman Menambah Tenaga Dan Mengeyangkan Sepanjang Puasa

May 26, 2017 3
Minuman Menambah Tenaga Dan Mengeyangkan Sepanjang Puasa
Assalamualaikum...

Malam ni kak lina nak share minuman untuk menambah tenaga dan mengeyangkan sepanjang kita berpuasa ni..bagus juga untuk anak-anak yang baru belajar puasa.so kak lina prepare minuman ni dari malam...pagi-pagi esok tinggal minum  jer..



Tapi seriosly sedap gila minuman ni...memang tak tipu, betul-betul sedap okey.senang pun senang nak buat nya.kalau nak beli kat luar...hmmmm mahal....buat sendiri puas hati minum...



Susu segar 2 cawan
madu 2 sudu besar
kurma 7 biji
blender sampai halus dan tapis



Taraaaaaaa....dah siap dah susu kurma kita....tinggal minum jer..kalau minum sejuk-sejuk sedapnya,susu ni manis sikit ye,kalau nak kurangkan manis just tambah air jer....mudah kan?
selamat mencuba.


Resepi Ayam Masak Rendang

May 26, 2017 4
Resepi Ayam Masak Rendang
Assalamualaikum...

Hai korang berjumpa lagi kita...kak lina nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan pada korang semua...hari ni kita last makan siang...
oklah kak lina nak share resepi  ayam masak rendang...ermmm sedap uolsss...jom cek resepi..


AYAM MASAK RENDANG

Bahan-bahan seperti di atas :
3 1/2  biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
20 tangkai cili kering(ikut tahap kepedasan yang kita nak)

AYAM MASAK RENDANG

Ayam 1 ekor dibersihkan

AYAM MASAK RENDANG

Serai 4 batang diketuk
Daun Kunyit
Daun Limau Purut

AYAM MASAK RENDANG

Ni hasil bahan-bahan yang kita blender tadi...

AYAM MASAK RENDANG

Bahan blender tadi kita tumis sampai garing dan pecah minyak,pastu masukkan kari daging dalam 3 sudu besar.

AYAM MASAK RENDANG


Masukkan ayam dan sedikit air...biar ayam masak dan sebati.

AYAM MASAK RENDANG

Ok bila dah mendidih macam ni,masukkan santan,kerisik,daun limau purut,daun kunyit,gula dan garam..tunggu sampai rendang kita pekat.

AYAM MASAK RENDANG

ok rendang dah pekatttt...dah bolehla nak makan dengan nasi impit ke pulut kuning ke...hihi sedap uols...garam gula tu pandai-pandai la ejas ikut tekak kita eh...

Selamat Mencuba....


MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-

Thursday, 25 May 2017

Jatuh Cinta Dengan Dunia Bloggers

May 25, 2017 7
Jatuh Cinta Dengan Dunia Bloggers
Image result for blogger


gambar dari google

Related image


Assalamualaikum...

Kak Lina nak cerita sikit la pasal asal usul kak lina terjebak dalam dunia blog ni,Sebenarnya kak lina dah lama tau dengan blog ni dalam 2009 gitulah...masa tu kak lina berniaga online atas nama SAYANGKUCOLLECTION alhamdulilah masa tu memang mendapat sambutan la,kak lina jual baju baby,kebetulan kak lina pun baru dapat baby so pantang tengok baju yang cantik..sambil membeli kak lina pun menjual sekali...tapi beli kat anak sendiri lagi banyak la...banyak la cabaran dan dugaan.

sepanjang berniaga online ni..kena tipu pun selalu jugakla.
Masih ingat lagi betapa susahnya nak melakukan barang jualan kita,yelah dengan anak kecik kak lina pernah jual seluar baby kat warta,bukan jual kat kedai tau...ala yg macam salesgirl tu...sape2 yang lalu tula kak lina suruh beli...masa tu kak lina dengan adik kak lina yang berniaga IRISMYRA dengan bawak anak kecik lagi...sedihnya bila ingat cerita lama.malu jangan cakap lah.yela nak cari duit lebih kan...mana cukup nak harap online je.
Tapi tak lama kak lina online bisness ni sebab kekangan masa,anak semakin besar dan nakal..haha..tah macam mana kak lina boleh delete akaun tu...sayang betul lah,padahal dah ramai pengikut dalam tu.

Peristiwa sadis paling teruk sekali bila kak lina dapat tapak berniaga anjuran taman berdekatan rumah kak lina ni...dah setting baik-baik semua baju dah susun,masa tu kak lina dapat panggilan dari suami kak lina suruh datang hospital segera sebab anak kak lina yang sulung tengah kritikal..Dr nak masukkan ICU sebab kat tempat hospital anak kak lina tu tak lengkap.yaallah dengan air mata berjurai kak lina terus berdesup ke hospital sampai kak lina terlupa adik kak lina sorang2 kat tapak tu,,kak lina langsung xdpt berfikir dengan waras masa tu,pasrah jelah.sampai hospital DR sahkan anak kak lina demam denggi berdarah tahap 3...aduiiii rasa gelap sangat dunia masa tu...tapi alhamdulilah semuanya dah berakhir dengan berita baik..allah masih sayangkan kak lina dengan ujian berat ini...masih mampu lagi menghadapi dugaan ini...

Kalau bukan rezeki kita,dah setting baik punya pun kita tak dapat kan...adik kak lina pun susun balik baju masuk dalam kotak...dia pun tak boleh dah nak tunggu kat situ lama-lama...aduhh..sedihnya bila ingat peristiwa tu...alhamdulilh dah bujang dah sekarang budak tu haha..masa kena darjah 2 sekarang dah 16 tahun.

Ingat lagi pada bulan puasa kak lina berniaga nasi ambang pulak...tepi jalan je kedainya,teringat sampai sekarang kisah tu...haha..tak pernah berniaga makanan tapi berani ambil risiko...hahaha..percaya tak kak lina langsung tak de pengalaman masak-masak ni.Nasi Ambang Johor nama diberi...ujian lagi bila tak berapa laku..kak lina sekali lagi bergabung dengan adik kak lina IRISMYRA...masih ingat lagi,bila ada customer datang nak beli kak lina rasa malu sangat sampai merah padam muka ni...last2 adik kak lina yang layan customer hihi...entahla..masih budak lagi kot masa tu...malunya kalau ingat2 peristiwa tu.

Rindu pulak bila kenang zaman susah-susah dulu...dalam susah ada seronok dan kemanisannya yang tersendiri.sekarang pun tak delah senang pun..cukuplah makan pakai kami anak beranak ni...nak kata lebih tu belum lagi lah sekarang ni...banyak kena tahan nafsu dari membeli benda yang kita suka.kena dulukan anak-anak dulu  kan.

23april 2017 kak lina mula aktif balik..aktif balik sebab adik kak lina dapat banyak job...so kak lina pun nak jugak cari duit tepi.....ni pun acc lama yang dulu-dulu,ala kira macam diary lah..malas nak buka yang baru...tu yang nama pelik je haha..ok la tu,nanti ada rezeki ingat nak tukar domain lah.mula jatuh cinta balik dalam dunia blog ni sebab kak lina boleh share perasaan kita dalam ni kan..kawan-kawan pun ramai sudi baca luahan hati kak lina ni..yang best giveaway banyak..kalau nasib baik dapat review produk kan...dapatlah sikit-sikit wat duit jajan ..tu yang semangat tu..nanti ada rezeki lebih kak lina buat give away eh...hahaha

wah2 dah panjang lebar kak lina cerita ni...nanti kak lina cerita bahagian yang lain eh...hidup kak lina ni banyak onak dan duri tau..ikuti sambungan nya nanti.ni last entri hari ni sebab kak lina nak balik kampung di kota tinggi.
tunggu esok eh....bye korang

MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-

Wednesday, 24 May 2017

Belum Cukup Kuat Untuk Melaluinya...

May 24, 2017 4
Belum Cukup Kuat Untuk Melaluinya...
Image may contain: text


Assalamualaikum...

kak lina belum cukup kuat untuk melalui situasi di atas...membayangkan nya saja dah cukup buat kita sebak  apatah lagi orang yang yang sedang melalui nya....

Hargailah pasangan kita selagi ada,ingatlah semua ini hanya sementara saja,allah akan ambil bila masa yang dia mahu..

Bila sampai masa dan ketika siapalah kita untuk menghalang.Jodoh Ajal Maut adalah rahsia allah.


Tuesday, 23 May 2017

Percutian Menjadi Lebih Jimat Dengan Traveloka

May 23, 2017 3
Percutian Menjadi Lebih Jimat Dengan Traveloka
Assalamualaikum...
Selamat petang uolsss...hari ni kak lina nak kongsi pengalaman kak lina dengan TRAVELOKA.mesti pernah dengar kan...best tau berurusan dengan traveloka ni...selain mudah yang penting sekali ialah jimat..zaman sekarang ni kita tak boleh membazir..tapi dengan traveloka kita dapat berjimat dan berjalan....hoyeahhhhh mana nak dapat uolsss..jom kita santai-santai baca entry kak lina ni...
Percutian Menjadi Lebih Jimat Dengan Traveloka.
setelah penat bekerja seharian dan bertungkus lumus demi mencari sesuap nasi merupakan lumrah yang perlu kita hadapi pada masa kini. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi kini yang kian mencabar. Oleh kerana itu, ramai sangat dalam kalangan kita yang stress sampai tak de masa nak beri peluang pada diri sendiri untuk berehat dan bercuti, kerana apa? Kerana risau kalau kita pergi bercuti nanti nak kena keluarkan banyak duit lah, takut terlebih belanja lah, bajet lari lah. Sekarang ni korang tak perlu khuwatir (pergh! lama dah tak guna perkataan ni..), semua kerisauan korang boleh lah diletakkan ke tepi, kerana sekarang ni ada aplikasi yang bernama Traveloka tau. Traveloka? Apa plak bendanya tu? Ok, let’s check it out guys!
Apa itu Traveloka?
Begini ceritanya, Traveloka merupakan sebuah website yang akan membantu korang untuk membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan. Ianya akan memaparkan pelbagai jenis hotel dengan berbagai harga yang boleh korang pilih mengikut bajet korang. Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan untuk membooking tiket flight. Jadi, korang tak perlu lah bersusah payah nak membuat tempahan secara berasingan, tempah sahaja hotel dan tiket penerbangan di sini sekali harung, kan lebih mudah.
Membuat Tempahan Hotel dengan Traveloka
Jika korang membuat tempahan hotel melalui Traveloka, korang mesti akan tersenyum sampai ke telinga punye, Trust me! Sebabnya dalam banyak-banyak website, Traveloka menawarkan harga yang paling rendah buat penggunanya. Bukan itu jep tau, kalau korang ada account dalam wesite/apps ni, iaitu korang jadi member lagi banyak diskaun yang korang akan dapat. Dah lah harga yang ditawarkan tu murah, dapat pulak diskaun, siapa yang tak bahagia weyh! Korang just perlu type jep kemana destinasi percutian korang, lepas tu tekan butang ‘search’. Nanti bersepah lah keluar semua list-list hotel yang available kat tempat korang nak pergi tu, dari semurah-murah harga, sehingga lah ke setinggi-tinggi harga, so korang perlu pilih jep mengikut bajet korang.
Membuat Tempahan Tiket Penerbangan Dengan Traveloka
Seperti yang telah dinyatakan tadi, ia juga ada menyediakan perkhidmatan membooking ticket flight untuk penggunanya, dengan menawarkan pelbagai jenis penerbangan pada hari yang sama dengan harga yang sangat murah berbanding dengan kita membeli direct tiket through airlines tu sendiri. Apa yang korang perlu lakukan ialah, just login korang punya account di Traveloka dan terus nyatakan brapa orang yang akan turut serta, dan juga date yang korang dah plan. Lepas tu korang just pilih jep penerbangan mana yang sesuai dengan bajet serta airline mana yang korang nak. Sebabnya, bila korang da klik di butang ‘search flight’ ianya akan 
memaparkan pelbagai jenis airlines pada hari yang sama untuk memudahkan korang membuat perbandingan harga tiket penerbangan yang korang inginkan.
Diskaun dan Harga yang Murah
Ia sentiasa menawarkan harga yang paling murah buat para penggunanya. Dari harga tiket penerbangan sehingga lah ke tempahan hotel memang akan ada potongan harga dan juga harga yang rendah yang ditawarkan setiap hari. Bukan itu aje tau, ianya tidak mengenakan caj yang tersembunyi. Traveloka berpegang teguh dengan ‘apa yang korang lihat, itu lah yang akan korang bayar’ jadi, korang tak perlu risau agak-agak bajet lari ke, or terlebih belanja kerana semuanya dijamin transparent dan telus.
Sebenarnya percutian merupakan salah satu terapi diri yang serba sedikit pasti ianya dapat memberi ketenangan kepada diri kita. Jadi, tidak ada salahnya kalau korang ketepikan sedikit duit untuk mereward diri sendiri kan? Lagi-lagi dengan adanya Traveloka ni, pasti impian korang untuk bercuti tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak dapat direalisaikan. Pssst… korang jangan tak tahu pulak tau, sekarang ni ia dah ada apps di telefon pintar, tak kisah lah android mahupun IOS app, yang penting sekarang ni bila dah ada apps dihujung jari nih, korang boleh la buat tempahan pada bila-bila masa dan dimana jua. Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom lah buat tempahan hotel dan tiket penerbangan dengan Traveloka untuk menikmati penjimatan tahap maksimum!
Korang download dulu eh application Traveloka ni...App Store ada...Google play pun ada 


Percutian Menjadi Lebih Jimat Dengan Traveloka


Jom korang booking sekarang..nanti raya tinggal jalan jer....tak payah risau pape dah...serahkan je pada traveloka untuk menyelesaikan masalah korang.


Percutian Menjadi Lebih Jimat Dengan Traveloka



Semuanya telah dipermudahkan,hanya type your destination dan bila tarikh yang korang nak pergi..nanti semua ada details kat dalam tu...senang kan..Selamat bercuti uolsss...nanti update ok tempat percutian menarik korang bersama traveloka...see u next entry.....

ok jom kita tengok-tengok laman web traveloka untuk keterangan lanjut:

Sedap Sangat Ke Roti Canai Tu

May 23, 2017 1
Sedap Sangat Ke Roti Canai Tu


Assalamualaikum....

Selamat pagi uolssss....da sarapan ke?gempak tak tajuk hari ni...haha saje nak menyakat korang pepagi ni...tapi betul lah kan...sedap sangat ke roti canai ni...yelah ada orang hari-hari nak pekena roti canai,plus teh tarik lagi kan..

Kak lina sarapan roti canai la hari ni...tapi tu bukan kak lina makan sorang ok...kak lina makan kongsi dengan anak kak lina.sebenarnya kak lina tak selalu la makan roti canai ni...dalam seminggu sekali je,tu pun sebab tekak ni teringin sangat.

Korang pernah dengar tak kanak-kanak umur 7 tahun setiap hari makan roti canai 5 keping...hah jangan tak percaya eh..ini kisah benar jiran sebelah kak lina ni...dia tak suka makan nasi,makanan harian dia hanyalah roti..sehari tu dia makan roti boleh habis berkeping-keping..heran kan,pastu kalau bibik dia pergi pasar malam..bibik dia borong putu mayam banyak-banyak...hadoiii hahaha...dah makan kat rumah pastu budak tu tapau lagi nak makan kat sekolah...pening la bibik dia nak melayan.

Roti canai ni tak elok la makan selalu...sesekali buat lepas teringin tak pelah kan..
ok korang sampai sini dulu kak lina membebel...jumpa lagi next entri

Monday, 22 May 2017

Jom Shoping Di Kenanga Wholesale City

May 22, 2017 8
Jom Shoping Di Kenanga Wholesale City

Assalamualaikum...
Dah shoping raya ke belum???hahaha kak lina belum lagi..tapi untuk anak-anak dah beli la sikit-sikit,nanti tak terasa sangat la nak kuo duit banyak-banyak gitu...yang penting baju anak-anak la...mak pak xpe...haha dah puas raya  dah...
Minggu lepas kak lina pergi kenanga ni...belum puasa lagi orang dah ramai tau...giler parking sampai tingkat 11 pun kereta penuh..tapi kak lina tak suka lah sistem parking dia...gayat oooo nak naik sampai atas...terasa macam naik roller coaster pulak.
Lagi satu,masa kak lina pergi haritu lift dia satu je yang hidup..bayangkanlah dari level 11nak turun ke level 3 berapa lama nak sampai,dengan orang yang penuh...berebut-rebut nak naik lift...haishhh..siap ada yang gaduh laki bini tau...(malunye gaduh dpn orang ramai)hmmm...macam-macam ragam manusia ni kan.
Tapi bestla kenanga ni uolsss...baju budak-budak murah dan cantik tau..rambang mata di buatnya..kalau pergi tu stanby duit lebih tau kalau tak korang nangis tepi lift nnt...hahaha.

KENANGA WHOLESALE CITY

KENANGA WHOLESALE CITY

KENANGA WHOLESALE CITY

minyak wangi macam-macam jenis adooo...

KENANGA WHOLESALE CITY

ni baju untuk lelaki...anak-anak bujang

KENANGA WHOLESALE CITY

yang ni best....blous ni 2 helai RM 15 je uolssss

KENANGA WHOLESALE CITY

Murah kannnn...cantik pulak tu

KENANGA WHOLESALE CITY

KENANGA WHOLESALE CITY

Memang haus eh jalan-jalan...so ada tempat nak rehat n minum..kalau puase telan air liur je okeyyy

KENANGA WHOLESALE CITY

Tudung 5  hengget jerrrr

KENANGA WHOLESALE CITY

Baju raya lelaki dah banyakkkk...

KENANGA WHOLESALE CITY

Barang kelengkapan rumah...semuanya ada disiniii


aneka tudung ada di sini..



KENANGA WHOLESALE CITY

baju budak -budak ni RM 10 jerrrr....yang terpilih la ehh
ok hari minggu nanti korang pergi sendiri tengok eh...
sampai sini dulu...
byeeee..

MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-

SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

May 22, 2017 2
SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum....

Salam isnin semua....ada yang monday blues ke???hihi tak nak camtu ok...kita mesti semangat setiap hari..Anak-anak uols semua dah habis periksa ke?kebanyakkan sekolah dah habis periksa kan...Sekolah anak kak lina hari rabu nanti baru habis...hmm tah macam mana lah anak-anak ni jawab periksa kan...suruh belajar kemain susah lagi...kena ambek rotan batu nak jalan..berbuih la mulut kak lina ni membebel kat diaorang..

Tapi masa zaman kak lina dulu,kak lina rajin tau belajar,walaupun tak berapa bijak sangat hihi tapi kak lina tau bila time exam mesti kena baca buku walaupun kadang-kadang kak lina tak paham apa yang kak lina baca....hadoiii sabo jelah...

Ok...kak lina cerita sikit pasal SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 
Benda ni dah lama ok kewujudan dia..sejak zaman anak bujang kak lina sekolah rendah lagi..SAPS ni memang memudahkan kak lina untuk cek keputusan peperiksaan diaorang..no kelentong eh orang kata...hahaha yelah anak-anak sekarang bertambah bijak kan..lagi -lagi pengaruh yang tak baik sangat berleluasa di luar sana..sukar untuk kita pantau anak-anak kita bila mereka di luar rumah.

so....SAPS ni memang satu alternatif yang sangat bagus untuk ibu bapa diluar sana..kita dapat tau dulu keputusan diaorang...jadi memang memudahkan...kadang-kadang kita tak dapat datang sekolah untuk ambil report kad...tapi kita dah boleh tengok secara online keputusan diorang..

Apabila kita ibu bapa ni sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.


Kat sini kak lina share cara-cara nak buat semakan SAPS

-Klik link dibawah ini untuk masuk ke laman SAPS-Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah





-Ok bila dah jumpa yang macam kat atas ni..
-Masukkan no k/p pelajar
-Klik sekolah menengah@rendah
-Pilih Tahun
-Semak laporan

Hahh....pastu akan keluarlah segala keputusan anak-anak kita...siap boleh print lagi...
Senang dan mudah bukan...



macam ni lah result yang keluar nanti...ni result anak kak lina tahun lepas...tengoklah matematik dia dapat E....hmmm nampaknya kak lina kena jadi mak yang garang lepas ni...sorry rayyan hahaha,tahun ni belum keluar lagi sebab belum habis periksa lagi...berdebar lagi lah kak lina lepas ni huhuhu....



SAPS ni boleh digunakan oleh semua sekolah..
-Sekolah rendah(Tahun 1-Tahun 6)
-Sekolah Menengah(Tingkatan 1-Tingkatan 5)

Tapi kan bila guna SAPS ni mak-mak pulak yang berdebar hahaha...iye rasa takut gementar gitu haishhh macam kita pulak yang ambil periksa...anak-anak relax je buat muka tak bersalah..bila kita marah keputusan tak elok sengih je memanjang....hadoiii anak oh anak..

ok sampai sini dulu..semoga ianya dapat  membantu ibu-ibu diluar sana cara menggunakan saps ni..


MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-


Sunday, 21 May 2017

Resepi:Ayam Masak Merah Simple Dan Sedap

May 21, 2017 10
Resepi:Ayam Masak Merah Simple Dan Sedap
Ayam Masak Merah
Assalamualaikum....

Kak Lina masak ayam masak merah hari ni..menu ni anak bujang kak lina yang request..so....sebagai emak yang rajin dan baik(cehhhh)hahahahah....kak lina pun tunaikanlah permintaan dia...walaupun rasa penat dan letih kak lina tetap juga memasak untuk anak-anak..time cuti ni bolehla masak berat-berat sikit,kalau hari sekolah tu sibuk..kak lina lebih suka masak yang simple dan cepat.

Resepi ni kak lina minta dengan mak kak lina,tapi rasa tu tak taula camne...insyaallah tak mengecewakan sesiapa yang makan la....

ok jom kita tengok resepi ni versi kak lina.


RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan
Ayam 1 ekor(dilumur garam kunyit)-Digoreng separuh masak
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit  kayu manis
Tomata dibelah 4
Sos cili 2 sudu besar
Garam
Gula
Santan 2 sudu besar
Air satu cawan
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
seinci halia
seinci lengkuas(tak letak sebab xde)
15-20 tangkai lada kering(rebus sekejap)

Bahan Hiris
1 biji bawang holland
1 biji bawang putih

Cara-cara:
Tumis bahan hiris tadi sampai kuning,kemudian masukkan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing.Bila dah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi.kemudian masukkan air banyak mana yang kita suka.masukkan santan untuk memekatkan kuah kita.
Masukkan buah tomato dan garam tadi.
Sebatikan rasa...kalau dah cukup rasa semua..bolehla tutup api...Ayam masak merah ni sedap dimakan dengan nasi tomato atau jagung...tapi kak lina makan dengan nasi putih je.
Doneeeee.....


MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-










Suami Jenis Apakah Kamu Ini

May 21, 2017 0
Suami Jenis Apakah Kamu Ini
Assalamualaikum..

 Hari ini kak lina terpanggil untuk berkongsi dengan semua satu cerita yang kak lina baca di Facebook..rasa macam tak percaya,ada ke lelaki macam ni..berlaku kejam pada isteri sendiri semasa di dalam pantang..tak tengok ke betapa seksa si isteri semasa melahirkan anak kamu..cuba korang baca kat bawah ni :



Sedih ada suami letak ubat tidur dalam minuman isteri yang sedang berpantang supaya dia boleh perkosa isterinya sendiri.Kerana isterinya menolak untuk bersama dalam nipas.Antara komen yang saya baca,menyalahkan isteri tersebut kerana 'mendorong'suaminya(suaminya yang letak ubat luka dibahagian miss v).
pertama kali saya hairan,macamana suami tak timbul rasa kasihan,ngeri,takut dan insaf apabila tengok miss v yang berjahit.saya bertambah hairan, kalau bukan suami yang bantu sapu ubat luka,maka siapa lagi?isteri sendiri?kalau sapu uabt luka pun tak boleh nak bantu,saya nak kata apa lagi. 
kedua saya hairan,sedangkan isterinya masih dalam pantang nifas.masih ada darah yang keluar.maka memang tak boleh bersama.


Sepatutnya suami lah yang bantu isteri semasa dalam pantang kan..bagi support pada isteri..sakit melahirkan ni hanya yang pernah merasa je tahu betapa sakit dan perit nya.belom lagi yang ada komplikasi..allahuakbar...semoga allah bukakan pintu hati suami2 yang seperti ini.

Moga lelaki-lelaki diluar sana pelajarilah ilmu perkhawinan dan tingkatkanlah iman didada agar kes-kes seperti ini tidak timbul lagi.
Marilah kita tanamkan perasaan kasih sayang terhadap pasangan kita,hargailah mereka semasa ada,dan janganlah aniya atau sakiti pasangan kita -AMIN-

Maka itu berkhawinlah dengan orang yang takut ALLAH.jangan khawin kerana cinta/nafsu.

Setakat ini dahulu..berjumpa dilain entri.

suami isteri


gambar dari google

MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-