Resepi Ayam Gunting Uncle Bob

Bahan-bahan :
Dada ayam (Dihiris nipis)
1 cawan tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak

Cara-cara Penyediaan:
1) Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan.
2)Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.
3) Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
4) Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak.
5) Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan.
Memang terlagi-lagi bila makan ayam gunting Uncle Bob ni.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk saya masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

3 comments:

  1. nice sharing.. boleh cuba untuk bukak bisnes ayam ala ala uncle bob nih hehehe

    Hye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh sedapnya... terliuq ni im your 9th follower ;)
    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/04/tips-study-for-spm-and-every-big-exam.html

    ReplyDelete
  3. time kasih dik...da folo adik jgk #198

    ReplyDelete

Powered by Blogger.