April 2017 - Lin Liena Story

Saturday, 29 April 2017

Tepung Gogi

April 29, 2017 18
Tepung Gogi
tepung gogi

Assalamualaikumm..

Salam haari sabtu ulosss...da masak ke?mesti tak masak kan sebab bawak anak2 jalan,.yela cuti lama kan..hari ni akk nak share satu tepung yang best kalau nk goreng2 ni..terutamanya udang dan sotong...tepung ni tepung goreng tempura tau..kalau goreng sotong sebiji rasanya macam yang kita makan kat kedai tu.

Tepung ni dari Thai. tapi ada tanda Halal ok..hari ni akk goreng tempe dengan cendawan jer..
tepung ni banyak ada jual kat kedai runcit,500g dalam 5.20 gitu la harganya.
cara bancuh pulak senang jer..just campurkan tepung dengan air sejuk dalam peti ais..jangan cair sangat atau pekat ye...agak2 korang jelah...

tepunggogi
Yang panjang2 tu bukan pisang ye..itu tempe akk potong panjang2,,,cendawan pulak tak nampak pulak rupa paras dia hehehe..


ok terima kasih
jumpa lagi

mamadanish

Friday, 28 April 2017

V Asia Ladies Collagen Terbaik

April 28, 2017 13
V Asia Ladies Collagen Terbaik
Assalamualaikum.....

Malam-malam ni tetiba rasa nak berkongsi la dengan kawan2 tentang kebaikkan Ladies Collagen ni.,kalau benda yang baik apa salahnya kalau kita berkongsi kan,saya nak semua kaum wanita mendapat kebaikan dari produk dalaman wanita seperti ladies Collagen ni..

Sejujurnya ini bukanlah iklan berbayar,tetapi dari diri saya sendiri yang minum Ladies Collagen ni..saya sangat berpuas hati dengan hasilnya,so apa salahnya saya ceritakan sedikit pengalaman yang saya dapat dari ladies Collagen ni.
Kisahnya bermula(cewahhh)dari mak saya lah..dia memang pengguna setia produk V asia ni..dari atas sampai bawah mak saya menggunakan produk V Asia ni..mak saya hari2 suruh saya beli ladies collagen ni...lama kelamaan, saya terpengaruh dengan hasutan mak saya untuk beli ladies collagen ni..hihi...

Ok setelah 2 minggu saya minum saya dah dapat rasakan perubahan dalam diri saya
yang pertama sekali Keputihan..walaupun tak serious,masalah tu terus hilang bersih dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan..dan tak perlu lagi pakai pantiliner uolsss.dan yang kedua pulak bahagian intim(malu nak cerita)tapi memang mantopsss uols nak tau lebih lanjut mesej saya ok...nak cite benda ni kat open malula sikit kan.
Dan yang ketiga ..cik breast kita akan rasa denyutan sikit,ala macam kita nak period tu hihi..faham kan uolsss...memang sesuai sangat kalau uols menyusukan bayi...mesti korang paham kannn...
yang keempat pulak korang akan rasa tumit korang halus...dah tak macam sabut kelapa lagi hihi..jangan marah okkk..

Tu baru 2 minggu kan....kalau korang amalkan lagilah tip top atas bawah haha.lagipun saya suka tengok pengasas produk ni Dato Azril tu,relax dan cool je orang nya.tak perlu ragu2 la nak guna produk v asia...semuanya selamat dan halal..

Ladies Collagen ade 2..satu sachet dan satu lagi botol..tapi sama harga,kalau yang botol jimat sikit..yang sachet pulak senang kalau nak travel.

Kalau adik2 yang meningkat remaja ni eloklah ambil ladies collagen ni..memang akk syorkan sangat2..ibu2 menyusu bayi jangaan tunggu lagi..cepat2 la korang beli...Yang selepas menyusu bayi pun mesti rasa kan breast kita tak macam dulu..jadi inilah penyelesaian bagi masalah korang.

Okla tu je nak cite...korang buaatlah keputusan selepas baca entry ni..

selamat malam...

V Asia Ladies Collagen Terbaik

Versi sachet 
Harga pasaran: RM35.00
Saya beli: RM28.00

V Asia Ladies Collagen Terbaik
Versi dalam botol
Harga pasaran: RM35.00

Khasiat Jus Ladies Collagen V’Asia:
  • Mendapatkan bentuk badan yang menarik
  • Seimbangkan hormon
  • Mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang menawan
  • Merapatkan vagina serta melambatkan proses menopous
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan haid dengan lebih teratur
  • Melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan
  • Mengembalikan keintiman hubungan
  • Membantu menyuburkan wanita bagi menimang cahayamata

Kandungan Jus Ladies Collagen V’Asia:
  • Air R.O
  • Lobata
  • Mirifica
  • Kacip Fatimah
  • Serapat
  • Habbatus Sauda
  • Madu
  • Manjakani
  • Goji
  • Delima
  • Kismis
  • Ginkgo Biloba
  • Pinang
  • Asam jawa
  • Kunyit
  • Puri Mangga

Cara penggunaan Jus Ladies Collagen V’Asia:


Amalkan 1 hingga 2 sudu dan minum segelas air kosong atau jus buahan sebelum sarapan. Goncang dahulu dan gunakan sudu plastik (*ni untuk yang dalam botol) kerana Ladies Collagen adalah produk yang berasaskan homeopati


Perhatian: Simpan Jus Ladies Collagen V’Asia di tempat yang kering
*rasa dia sedap sangat..macam puri mangga...pekat...nyum3x



Siapa Yang Rajin Guna Instagram Setiap Hari Confirm Akan Happy Tahu Pasal Data Plan Ni

April 28, 2017 6
Siapa Yang Rajin Guna Instagram Setiap Hari Confirm Akan Happy Tahu Pasal Data Plan Ni

Thursday, 27 April 2017

Nasi Goreng Kampung

April 27, 2017 8
Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Kampung


Sarapan hari ni akak masak nasi goreng kampung uols....hihihi,kalau ada lebihan nasi malam tadi korang masuk la dalam esbok,sebelum simpan tu nasinya dilerai2 dahulu barulah cantik nnt nak menggoreng nasi,mesti tutup tau nasi ni...nnt dia keras tak best...
kalau ada lebihan ayam atau ikan pun jangan buang,carik2 isi ayam dan campur dalam nasi goreng kita ni.jangan membazir uols...selagi boleh guna,gunakan jelah kann...


Bahan2
nasi dalam 2 mangkuk
bawang merah 5biji(yg kecik2 tu)
bawang putih 3 ulas
cili padi 9 biji(ikut la berapa pedas yang korang nak)
ikan bilis agak2 jelah(separuh tumbuk,separuh lagi goreng la untuk ditabur pada nasi)
belacan kalau suka(tak letak sbb tak suka)
sos tiram 2 sudu
telor 2 biji
kiub ikan bilis 1


Cara2
tumbuk bawang merah,bawang putih,cili dan ikan bilis tadi(xyah hancur sangat)
pastu masukkan minyak 5 sudu dalam kuali...tumis sampai garing,Bila dah garing masukkan sos tiram tadi...kiub ikan bilis ,kalau ada ayam udang sotong masukkan sekali masa ni,garam masukkan sikit eh,tapi jangan banyak sangat sbb sos tiram dah ada...pastu masukkan telor 2 biji..tunggu keras sedikit...barulah masukkan nasi kita tadi tu...

kacaula sampai bila korang larat hahah...
ok pastu hiasan taburla ikan bilis goreng tadi
campak sekali daun sup dan bawang goreng..

doneeeee...makan la pe lagi
hihihi


Terima Kasih sudi baca resepi akk ni
Mamadanish aka linashaza

Wednesday, 26 April 2017

Murtabak Maggi

April 26, 2017 12
Murtabak Maggi
Selamat petang semua...
memandangkan hujan lagi petang ni anak akak lapar,dia tak nak makan nasi,kebetulan ada maggi dia pun masak la sendiri..walaupun anak bujang,dia tak kekok kat dapur sebab dah biasa tolong mak dia kat dapur...yelah akak ni kan tak de anak pompuan..so yang sulong ni la girl n boy....hihi..ni hasil air tangan dialah...walaupun rupa xde...tapi rasanya boleh tahan....alhamdulilah..
Resepi kat bawah ni ye...


Bahan – Bahan :
  • Maggi KARI 1 bungkus ( ikut la maggi ke, mamee ke, sedap ke.. Janji maggie..
  • Bawang merah 2 Ulas (dicincang)
  • Telur 2 biji
Tambahan :
Nak letak bahan lain seperti ayam, udang, daging, apa apa je boleh.. Tapi lagi sedap kalau original. 



Cara -cara :
1)  Rebus mee maggi. dan tos kan
2) Masukkan ke maggi, bawang, perencah maggie, dan telur kedalam satu mangkuk. Kacau sehingga rata. (jangan tambah garam dah..sebab perencah dia dah masin)
3) Panaskan kuali leper, letak sedikit minyak masak dan kemudian masukkan bahan tadi. Bila kedua dua side dah garing, dah boleh angkat and SIAP!!
murtabak maggi

11STREET BABY SALE

April 26, 2017 1
11STREET BABY SALE

Tuesday, 25 April 2017

Ikan Tenggiri Masak Kicap

April 25, 2017 6
Ikan Tenggiri Masak Kicap
ikan Tenggiri Masak Kicap.

Sekarang ni petang2 mesti hujan kan...alhamdulilah sejuk sikit kan...tapi masalah kalau hujan ni,perut asyik lapar jekan ...hmmm memang xdan la nak diet..perut asyik minta diisi je..

so...perut memang meminta2 dari tadi,apalagi geledah la apa yang ada kat peti ais..cuma ada ikan tenggiri je...biasalah aku memang suka masak yang ringkas-ringkas je...hihi supaya cepat siap..nasib baiklah anak-anak tak banyak ragam,apa yang mak dia masak itulah yang diaorang makan.

ok jom tengok resepi..

Bahan Hiris:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji lada merah
5 biji cili hijau
1 biji tomato di belah 4
semua hiris halus-halus.
sedikit air asam jawa

3 keping ikan tenggiri digoreng dahulu

letak minyak dalam 3 sudu dalam kuali
setelah mnyak panas masukkan bahan bahan yang dihiris tadi sampai wangi dan garing,
kemudian masukkan air asam jawa,tunggu sehingga mendidih baru masukkan kicap manis,dan ikan tenggiri yang digoreng tadi,setelah ikan masak masukkan pula tomato tadi.perasakan dengan garam sedikit..jangan banyak2 sebab kicap dah masin...

done....
selamat menjamu selera


Monday, 24 April 2017

Ayam Masak Sambal

April 24, 2017 5
Ayam Masak Sambal
Assalamualaikum....

Dah masak ke semuanya..mestilah dah kan..masak apa la tu kan,jadi orang perempuan ni kena la rajin try and arrow kan..kadang2 pening tak tau nak masak apa,ada masa pulak idea mencurah-curah di tambah pulak rajin yang luar biasa,itulah yang biasa terjadi dalam hidup kita.
Ada masa pulak,masak apa pun tak menjadi,masak serba tak kena,tak sedapla,apalah kan..
tak pelah yang penting kita masuk dapur jugak untuk mengisi perut kita dan keluargaa kita.
Sebenrnya memasak ni perlu kesabaran...kalau hari ni tak jadi jangan putus asa,mesti jadikan juga ok..kalau kita rajin insyaallah mesti ada hasilnya insyaallah.

Hari ni nak kongsi resepi ayam masak sambal..
selalu sangat masak ni,yela ni lauk kegemaran aku..
next resepi nak share dengan uols resepi kari mamak aku..hihi tunggu okey..


Bahan2
1 ekor ayam -lumur garam dan kunyit
(Goreng separuh masak)
3 biji bawang merah(yang besar)
3 ulas bawang putih
4-5 sudu cili kisar
2 sudu besar cili sos
garam
gula

cara2
kisar bawang merah dan putih hingga halus
tumis bahan kisar hingga wangi,masukkan cili kisar tadi sehinga garing.
masukkan sedikit air dan sos cili,garam dan gula..masak sehingga pekat.
air tu ikut suka korang la nak pekat macamana.kalau suka letakla serbuk perasa sedikit.

akhir sekali masukkan ayam goreng tadi dan bawang yang dihiris bulat2..gaul rata dan sedia untuk dimakan...da siap.... senang je kan....


Sunday, 23 April 2017

Lala Masak Cili Api

April 23, 2017 2
Lala Masak Cili Api

Saturday, 22 April 2017

Syoknya Shoping Di Lazada

April 22, 2017 0
Syoknya Shoping Di Lazada
Assalamualaikum..
  
Kali ni aku nak share dengan korang shoping online di lazada,rasanya semua dah tahu kan lazada ni mmg terkenal dengan barang yang murah dan berkualiti.

aku sendiri salah seorang pencinta lazada ni...ada je benda yang menarik perhatian aku..
antara yang menjadi pilihan aku semasa membeli di lazada ni adalah casing handphone,handbag,toys,bag sekolah,botol air,spin mop dan banyak lagi la..tak terkira rasanya..

Kalau korang rajin dan banyak masa bolehla survey barang2 di lazada..kadang2 dapat yang postage free...bestttt...kalau nak membeli tu korang kena tengok review dulu la,barula kita cnfident nak membeli kan...so far setakat aku berurusan dengan lazada,xde masalah,malah aku berpuas hati dengan setiap barang yang aku beli.

Paling best bila lazada buat flashsale...memang murah giler2 uolsss....download je app lazada kat handphone korang...senang la dpt tau bila lazada buat flashsale,dan lagi satu setiap hari akan ada 10% diskaun jika menggunakan kad debit/kredit uols...so rajin2 la cek..macam aku guna maybank so kena tunggu hari rabu kalau nak shoping hihi...

Kalau korang berminat nak membeli klik je banner lazada kat tepi tu..
Selamat membeli tanpa was2..
Jumpa lagi di lain hari
terima Kasih.

http://www.lazada.com.my/bestsellers/?aff_source=&affiliate_id=164262&affiliate_name=linlienastory&offer_id=4369&offer_name=MY+LAZADA+Bestsellers_91843&offer_ref=_xxmo0000000at0000&transaction_id=10239042c3c5a722c07589478a926d



Lazada Malaysia

Thursday, 20 April 2017

Selamat Tinggal Parut Jerawat

April 20, 2017 14
Selamat Tinggal Parut Jerawat

Selamat tinggal parut jerawat,tak sangka hanya guna timun je..midal pun tak besar,selamat pun selamat..jadi jangan ragu2 untuk mencuba.....


1. Kisar timun, tapiskan air.
2. Basuh wajah dengan air bersih
3. Lumurkan timun yang telah dikisar/ dihancurkan pada seluruh wajah dan leher.
4. Biarkan selama 30 minit/ sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.
P/s: Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Ini juga menjadikan kulit wajah lembap dan tegang.
.

Kelebihan timun:
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.


Image result for masker timun untuk jerawat

Tuesday, 18 April 2017

Ayam Goreng Cili Padi

April 18, 2017 1
Ayam Goreng Cili Padi
Bahan A:-

1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 8
1 batang serai ditumbuk lumat
sedikit kunyit serbuk & garam

Bahan B:-

1 genggam cili padi 
Campur sedikit cili merah
2 labu bawang besar
1 batang serai
garam secukupnya
gula sedikit sebagai balance rasa

Cara :-
Setelah ayam dibersihkan, lumurkan bahan A ke ayam dan perapkan selama 1 jam. Setelah itu boleh digoreng ayamnya sehingga kekuningan. Bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan2 ini jangan sampai garing. Kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalm tumisan ini. Siap untuk dimakan.jika tidak tahan pedas, cili padi boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering.




Resepi Ayam Gunting Uncle Bob

April 18, 2017 3
Resepi Ayam Gunting Uncle Bob

Bahan-bahan :
Dada ayam (Dihiris nipis)
1 cawan tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak

Cara-cara Penyediaan:
1) Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng Adabi dalam pinggan.
2)Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.
3) Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
4) Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas ataupun tidak.
5) Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan.
Memang terlagi-lagi bila makan ayam gunting Uncle Bob ni.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk saya masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

Monday, 17 April 2017

KOSMETIK DAN PRODUK YANG MERBAHAYA

April 17, 2017 0
KOSMETIK DAN PRODUK YANG MERBAHAYA


PERKONGSIAN YANG SANGAT BERGUNA DARI BLOGGER SHAFYQAH AZAHAR SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MANFAAT DARI ARTIKEL INI...


Assalamualaikum.

sekarang ni hangat diperkatakan selain daripada harga minyak naik lagi harini adalah mengenai kosmetik yang beracun dan mempunyai merkuri yang berlebihan  kan. bukan kosmetik je tapi banyak lagi  produk yang tak berdaftar KKM yang dijual secara berleluasa.







ni cerita yang baru baru ni, sebenarnya dah lama dah dan dah banyak kali diwar war mengenai kosmetik/ ubat/minuman yang takde kkm ni tapi ramai yang tak ambil kisah. ini antara kosmetik lain/ubat/pil/minuman yang berbahaya dan tidak berdaftar









source : FACEBOOK

walaupun dah ada bukti semua ni tapi ramai lagi yang masih nak guna sebab nak kurus, nak cantik, nak putih sampai tak fikirkan apa kesan panjang semua ni. bukannya niat nak jatuhkan mana mana peniaga tapi kalau sampai membahayakan orang lain demi keuntungan sendiri? renung renungkan lah

Sunday, 16 April 2017

KELEBIHAN BIKARBONAT SODA

April 16, 2017 0
KELEBIHAN BIKARBONAT SODA

 

Image result for bikarbonat baking soda


Ramai daripada kita membelanjakan banyak wang dan masa untuk membersihkan barangan isirumah. Adakah kita benar-benar perlu untuk mempunyai satu produk untuk jubin dapur dan satu lagi untuk bilik mandi?

Soda penaik merupakan produk isirumah yang mudah 


Terdapat banyak alasan untuk menggunakan soda penaik di rumah anda dan salah satu alasannya ialah ia merupakan bahan semula jadi yang tidak membahayakan keluarga anda atau alam sekitar.

Soda penaik juga produk selamat dan boleh dimakan. Soda penaik digunakan dalam pelbagai jenis makanan yang kita makan setiap hari.

Membersihkan ketuhar gelombang mikro
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental, dan bilas.  

Menghilangkan kusam daripada barangan perak
Campurkan Soda Bikarbonat dengan air, sapukannya kepada barangan perak dengan span lembab, gosok, bilas dan mengilapnya apabila kering.

Mencuci sink keluli tahan karat
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental sink itu dan bilas sehingga bersih.

Meningkatkan kekuatan cecair pencuci pakaian
Tambah ½ cawan Soda Bikarbonat dengan jumlah biasa pencuci dalam pusingan basuhan seperti biasa.

Membersihkan tab mandi gentian kaca atau pancuran
Renjiskan Soda Bikarbonat pada span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.

Membersihkan jubin bilik mandi
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.

Mengekalkan tangki septik
Pamkan 1 cawan Soda Bikarbonat ke dalam tandas sekali seminggu. Soda Bikarbonat membantu mengekalkan pH dan alkali dengan sempurna, mengawal bau sulfida.

Menyahbau kain lampin
Campurkan ½ cawan Soda Bikarbonat dalam 2 kuart air, dan rendam kain lampin di dalam cecair itu.

Membersihkan peti sejuk
Renjiskan Soda Bikarbonat ke atas span lembap, sental, dan bilas sehingga bersih.

Menyahbau mesin basuh pinggan mangkuk
Renjis ½ cawan Soda Bikarbonat pada bahagian bawah mesin basuh pinggan mangkuk di antara pinggan mangkuk itu.

Meningkatkan kekuatan cecair mesin basuh pinggan mangkuk
Tambah 2 sudu besar penuh Soda Bikarbonat kepada jumlah biasa serbuk pencuci yang anda gunakan.

Menghilangkan kesan terbakar pada makanan daripada peralatan memasak
Kawasan lembap, renjis dengan Soda Bikarbonat, redam semalam, kemudian sental dengan span, bilas dan keringkan.

Bersihkan dan menyahbau papan pemotong
Renjiskan Soda Bikarbonat pada span lembap, sental papan pemotong, dan bilas sehingga bersih.

Menyahbau bekas makanan
Campurkan ¼ Soda Bikarbonat dengan satu kuart air, kibas bekas makanan dalam cecair, rendam semalamam, dan kemudian bilas sehingga bersih.

Membersihkan kopi dan teko
Basuh dalam ¼ cecair Soda Bikarbonat dan 1 kuart air suam, kemudian bilas sehingga bersih.

Menyahbau sampah dapur
Renjis segenggam Soda Bikarbonat ke dalam bekas sampah setiap kali anda masukkan sampah.

Menyahbau permaidani
Renjis Soda Bikarbonat ke atas permaidani kering, biarkan selama 15 minit, kemudian barulah divakumkannya.

Menyahbau kotak sampah kucing
Tutup bahagian bawah kotak sampah dengan ¼ inci Soda Bikarbonat, kemudian tambah sampah.

Melegakan ruam racun pokok atau gigitan serangga
Jadikan pasta Soda Bikarbonat dan air, dan sapukan pada bahagian yang terjejas.

Melegakan selaran matahari, selaran angin dan ruam panas
Larutkan ½ cawan Soda Bikarbonat dalam air suam. Rendam selama 15 minit.   

Segar ketika mandi
Larutkan ½ cawan Soda Bikarbonat dalam tab air suam untuk menjadikan kulit lembut dan licin serta menjadikan mandian anda berasa segar.

Menggosok gigi
Soda penaik kosong boleh melelaskan dengan bersih seperti ubat gigi. Gunakan Soda Bikarbonat pada berus gigi lembap, gosok seperti biasa, dan bilas.

Membasuh mulut
Tambah 1 sudu teh Soda Bikabornat kepada ½ gelas air suam, dan kumur melalui gigi untuk menyegarkannya.

Meneutralkan bau muntah
Renjis Soda Bikarbonat ke atas kawasan yang tercemar, biarkan selama sejam, kemudian vakumkannya.

Melegakan kaki letih
Tambah 3 sudu besar Soda Bikarbonat ke dalam bekas air suam dan rendam ke dalamnya.

Menggunakannya sebagai deodoran
Sapukan Soda Bikarbonat ke bawah ketiak anda.

Membersihkan daki, kotoran, dan kesan calar, dapur, kabinet dapur, lantai linoleum, dan jubin 
Renjis Soda Bikarbonat ke atas span lembap, sapu bersih, dan keringkannya.

Menanggalkan kotoran kopi atau teh daripada tembikar
Celup kain lembap dalam Soda Bikarbonat, gosok tembikar, dan bilas hingga bersih.

Mengurangkan bau pakaian kotor
Renjis sedikit Soda Bikarbonat ke dalam beg atau bekas pakaian kotor.

Menyahbau almari kecil
Letakkan kotak terbuka berisi Soda Bikarbonat di atas rak.

Menyahbau beg simpanan pakaian
Renjis Soda Bikarbonat pada bahagian bawah beg.

Menyahbau kasut atau kasut sukan
Pada waktu petang, renjis Soda Bikarbonat ke dalam kasut untuk menghilangkan bau. Kibas pada waktu pagi.

Menghilangkan kesan krayon daripada dinding atau kertas dinding
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, sental dengan perlahan untuk mengelakkan daripada cat atau kertas dinding tertanggal, kemudian sapu hingga bersih.

Membersihkan daki dan kotoran daripada tangan
Renjis Soda Bikarbonat pada tangan yang basah, bersama dengan sabun cecair, gosok, kemudian bilas dan keringkan.

Image result for bikarbonat baking soda


Menghilangkan perapi dan gel daripada rambut
Basuh rambut sekali seminggu dengan 1 sudu besar Soda Bikarbonat yang dicampur dengan syampu biasa anda, bilas sehingga bersih.

Menyegarkan mainan kanak-kanak
Renjis Soda Bikarbonat pada mainan kanak-kanak, biarkan selama 15 minit, kemudian kibaskannya.

Membersihkan kerusi tinggi, tempat duduk kereta, kereta sorong bayi dan pelindung tilam plastik
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, lap hingga bersih dan keringkan.

Membersihkan botol, puting bayi dan berus botol
Rendam dalam cecair air suam dan Soda Bikarbonat, kemudian basmi kuman sebelum digunakan.

Memutihkan stokin dan pakaian kotor
Tambah ½ cawan Soda Bikarbonat ke dalam cecair pencuci pakaian biasa.

Membersihkan penutup dan bampar krom
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, gosok permukaan, dan lap sehingga bersih dengan kain kering.

Menghilangkan serangga mati yang melekat pada cermin kereta atau trak
Renjis Soda Bikarbonat pada span lembap, bersihkan kaca, dan lap dengan kain kering.

Menyahbau permaidani dalam kereta
Renjis Soda Bikarbonat pada permaidani, biarkan selama 15 minit, kemudian vakumkannya.

Membersihkan dan menanggalkan minyak pada besi barbeku
Jadikan pasta dengan mencampurkan Soda Bikarbonat dan air dengan sama banyak, gunakannya pada berus dawai/kasar, lap sehingga bersihkan, dan keringkan dengan kain.

Image result for bikarbonat baking soda


PETUA HILANGKAN JERAWAT

April 16, 2017 0
PETUA HILANGKAN JERAWAT

PETUA HILANGKAN JERAWAT

Timbulnya jerawat tentu membuat tidak selesa bagi wanita serta lelaki. Akan tetapi, lelaki lebih cuek dan tidak menghiraukan timbulnya jerawat. Berbeza dengan wanita yang sangat perhatian menjaga kebersihan, kecantikan, serta keindahan tubuh. Jerawat akan membuat wanita menjadi minder, badmood, serta tidak percaya diri. Hal tersebut tidak perlu dirisaukan, kerana anda boleh mengikuti cara dan petua hilangkan jerawat tanpa kesan sampingan. Perlu diingat bahawa jerawat tidak serta-merta menghilang, melainkan butuh masa proses yang beransur-ansur.

Perhatikan kepada langkah-langkah dasar mengenai timbulnya jerawat. Anda mesti tahu terlebih dahulu diri sendiri sebelum melakukan tindakan selanjutnya seperti rawatan ataupun melakukan penjagaan. Pertama sekali lihat gaya hidup serta pola makan anda. Ada makanan tertentu yang membuat jerawat cepat berulang dan menyebabkan kulit wajah cepat berminyak, perhatikan juga gaya hidup anda misalnya sering memakai make up yang kurang sesuai di kulit muka anda, lalu ubat-ubatan yang anda konsumsi, serta melakukan perubatan secara medis. Keempat perkara tersebut mesti anda pahami terlebih dahulu, kerana diri anda sendiri yang tahu kekebalan tubuh serta mengenal tanda-tanda muka anda mudah berjerawat. Jika timbul tanda-tanda jerawat, tidak ada salahnya anda melakukan petua hilangkan jerawat secara semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan herba.

1. Daun betik
Olahan daun betik menjadi pes yang boleh digunakan sebagai topeng. Hal ini telah banyak dilakaukan serta digunakan di pelbagai salon kecantikan. Kerana daun betik banyak kandungan nutrien dan antioksidan yang boleh memberi kesan kepada kulit anda, termasuk sangat berkuasa menghilangkan jerawat. Cara hilangkan jerawat dengan topeng daun betik sangat mudah dibuat. Mula-mula ambil 5 keping daun betik (atau seperlunya sahaja) dan kemudian dijemur dan dikeringkan. Bila sudah kering, pukul-pukul dan campur dengan air hingga membentuk pes. Selepas pes sudah mengental, sapukan pada muka yang berjerawat kira-kira 10-15 minit. Basuh dengan air bersih. Kesan yang terasa tidak serta-merta, ia perlu mengambil masa 1 atau 2 minggu bila dilakukan secara teratur. Anda boleh membuat topeng daun betik pada malam hari bila otot-otot muka sedang santai
2. Aloe Vera
Aloe vera boleh mengurangkan keradangan pada jerawat. Penggunaan aloe vera bukan semata-mata untuk vitamin rambut yang mencegah kerontokan serta mempercantik rambut, ternyata kebergunaan pada aloe vera boleh membantu mengurangi keradangan serta ruam ruam merah di sekitar jerawat. Tidak hanya itu, kandungan dalam aloe vera boleh mengawal kadar lebihan minyak di muka. Kerana punca utama jerawat muncul adalah lebihan minyak. Cara hilangkan jerawat dengan aloe vera sudah diakui kegunaannya, sudah tentu dengan cara pemprosesan yang betul dan bersih. Proses membuatnya cukup mudah, jadikanlah aloe vera hingga menjadi gel dengan cara hiris daging lidah buaya (buang terlebih dahulu kulitnya). Setelah menjadi gel, sapukan pada muka dan tunggu hingga 40 menit dan kemudian bilas dengan air bersih. Adakan kegiatan ini secara teratur sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu agar jerawat cepat teratasi dan tidak meninggalkan parut jerawat.
3. Timun
Petua hilangkan jerawat dengan timun sudah turun-temurun digunakan. Tidak perlu membeli topeng dengan  bahan timun di kedai-kedai, anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Sudah tentu timun yang anda gunakan masih segar, bukan di proses di kilang. Timun berfungsi sebagai anti-radang, ia sangat sesuai untuk merawat muka yang mula memerah dan memberi kesan keradangan. Cara membuatnya, timun di blend dan disesuaikan jumlahnya dengan kebutuhan, tanpa tambahan air. Kemudian oleskan dan jadikan topeng hingga menutupi muka. Diamkan hingga 1 jam dan kemduain bilas dengan air suam. Anda boleh lakukan dengan rutin hingga jerawat turun dan hilang.
4. Jus Limau Nipis dan Lemon
Gunakan jus limau nipis dan lemon sebagai pembersih muka. Diantara petua hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan semula jadi, proses yang paling cepat penyembuhannya adalah menggunakan jus limau nipis dan lemon. Kerana pada air limau nipis dan lemon sangat kaya dengan kandungan vitamin C ini yang amat mujarab menghilangkan jerawat di muka yang timbul dan besar. Ambil faedah air dari perasannya.
Gunakan air tersebut untuk membasuh muka anda dari kotoran (sebelumnya cuci muka dengan sabun khusus kulit muka), oleskan dengan kapas dan ratakan ke seluruh kawasan muka terutama yang berjerawat. Jika anda menggunakan air lemon, anda boleh mendiamkannya hingga keesokan hari dan basuh dengan air bersih pada pagi harinya. Akan tetapi jika anda membuat jus limau nipis, oleskan hanya pada kawasan yang berjerawat sahaja dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Cara menghilangkan jerawat dengan menggunakan jus limau nipis dan lemon ini ada baiknya dilakukan setiap hari untuk mempercepat hilangnya jerawat dan penyembuhan parut jerawat.
5. Penyejatan Muka
Faedah daripada penyejatan muka ini termasuk untuk membuka liang-liang di bahagian muka agar pernafasan kulit muka tersirkulasi dengan baik. Wap tersebut akan membantu menyingkirkan bakteria, minyak dan kotoran yang terperangkap di dalam liang jerawat hingga jerawat mudah diselesaikan.
Anda boleh melakukan penyejatan muka ini dengan cara tradisional dengan menggunakan bekas seperti sinki yang diisi dengan air panas (yang baru mendidih) supaya wap yang dihasilkan banyak. Letakkan muka anda di atas air panas tersebut (jangan sampai tersentuh air panas) dan biarkan wap panasnya menerpa muka anda. Lakukan selama beberapa minit atau hingga uap air sudah menghilang.
Lepas itu bilas dengan air suam. Untuk cara terakhir, oleskan pelembab bebas minyak. Cara ini sangat sederhana dan mungkin kurang maksimal. Akan menjadi maksimum apabila anda melakukannya secara rutin. Dua kali sehari sebaiknya anda lakukan selama seminggu penuh atau hingga 2 minggu. Tentu ini berbeza dengan anda menggunakan teknologi penyejatan wajah pada alat kecantikan yang hasilnya cenderung lebih cepat akan tetapi akan mengeluarkan banyak kos. Anda mahu yang mana?

cara hilangkan jerawat


PETUA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI DAN SIHAT

April 16, 2017 0
PETUA PUTIHKAN GIGI SECARA SEMULAJADI DAN SIHAT

Petua Putihkan Gigi – Mempunyai gigi putih dan sihat sememangnya menjadi harapan bagi semua orang lelaki dan wanita sehingga tidak terkejut jika perkataan “petua dan cara putihkan gigi” menjadi perkataan yang datang apabila anda menaip perkataan gigi di google. Tidak hanya itu, buku-buku yang membincangkan perkara yang sama juga sentiasa laris di pasaran.
Sebelum membincangkan petua putihkan gigi, anda perlu tahu apakah perkara-perkara yang membuat gigi menjadi kuning. Sering merokok, kopi atau teh, serta berus gigi yang jarang menjadi sebab-sebab mengapa gigi tidak putih. Oleh itu, kami mengesyorkan bahawa anda tidak melakukan perkara-perkara itu jika anda mahu gigi anda putih dan sihat.
Terdapat pelbagai petua putihkan gigi secara semulajadi dan tidak melalui ubat-ubatan kimia. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan cara semulajadi pasti akan menjadikan gigi sihat dan boleh putih. Oleh itu, berikut adalah beberapa cara semula jadi untuk putihkan gigi.
1. Kayu miswak
Mungkin anda biasa dengan kayu miswak. Kayu miswak merupakan salah satu alat untuk membersihkan gigi sejak zaman purba. Tidak semua kayu yang diambil dari anggota atau akar pokok miswak mampu digunakan dalam petua putihkan gigi secara semulajadi. Hanya kayu yang mempunyai struktur kuat tetapi halus dan dijaga kebersihannya yang boleh digunakan sebagai alat untuk putihkan gigi. Bukan sahaja akan dapat memutihkan gigi, kayu miswak mampu membersihkan dan menguatkan gusi dan gigi. Juga begitu ramai orang menyebutnya sebagai berus gigi semulajadi.
2. Lemon dan garam
Campuran lemon dan garam boleh digunakan sebagai pes gigi semulajadi semulajadi yang boleh membuat gigi kuning bertukar menjadi putih dalam masa yang singkat. Cara membuatnya juga sangat mudah. Yang anda perlukan adalah hanya mencampurkan jus lemon, di campur dengan sedikit garam. Campuran baik kedua-duanya untuk membentuk pes dan gunakan ia seperti pes gigi biasa. Sila baca juga petua hilangkan sakit gigi dengan garam. Petua putihkan gigi dengan pes gigi semulajadi dari lemon dan garam ini sememangnya agak kuat tetapi jangan gunakan terlalu kerap kerana ia akan merosakkan lapisan gigi disebabkan oleh kandungan asid yang tinggi pada lemon tersebut. Tidak hanya itu, kandungan garam yang berlebihan juga akan merosakkan lapisan kulit gigi sehingga ia akan menjadikan gigi mudah berliang.
Selain daripada menggunakan campuran lemon dan garam sebagai pes gigi semulajadi, anda juga boleh menggunakan pes gigi semulajadi lain yang merupakan gabungan antara kulit oren dengan daun bay. Cara membuatnya juga sangat mudah, anda hanya perlu memukul pelan kulit oren dan daun bay yang sebelumnya sudah dikeringkan. Beri sedikit air dan kemudian kacau untuk membentuk pes. Gunakan pes semulajadi ini sebagai pes gigi anda setiap hari.
3. Strawberi
Siapa yang tidak suka strawberi, ia memang agak asid namun mengandung vitamin C yang sangat banyak membuat buah ini senantiasa di buru. Buah dengan rasa masam kemanisan ini boleh menjadi salah satu bahan mujarab untuk putihkan gigi. Petua putihkan gigi dengan strawberi sangat mudah. Yang mesti anda lakukan adalah hanya dengan makan buah strawberi seperti biasa secara kerap. Akhirnya gigi anda akan lebih putih dan sihat. Selain strawberi, anda boleh makan epal, saderi, dan lobak merah yang menjadi peluntur gigi kuning secara semulajadi.
4. Kulit oren
Mungkin anda tidak pernah terfikir jika kulit oren yang biasa anda buang ternyata boleh menjadi bahan untuk putihkan gigi dalam masa yang singkat. Hampir semua kulit oren boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk putihkan gigi kerana semua oren mengandung vitamin C yang tinggi. Petua putihkan gigi dengan  kulit oren sangat mudah, iaitu dengan menggosok bahagian dalam daripada kulit oren yang berwarna putih. Untuk mendapatkan kesan yang maksima, anda boleh melakukan cara ini setiap hari. Walau bagaimanapun, bagi orang-orang yang mempunyai gigi sensitif tidak perlu menggunakan satu ini kerana akan memburukkan keadaan gigi anda.
5. Arang kayu
Arang kayu ternyata menjadi ramuan yang mujarab digunakan dalam putihkan gigi secara semulajadi. Ia mungkin kedengaran ganjil kerana jenis arang kayu yang berwarna hitam tetapi berkesan dalam pemutihan gigi. Supaya dapat menggunakan arang kayu sebagai bahan pemutih gigi dilakukan dengan menggosok arang kayu seperti anda mengoleskan gigi. Selepas itu berkumur-berkumur untuk membersihkan gigi, anda tidak mahu kan gigi kelihatan hitam akibat arang kayu? Bila menggunakan arang kayu, ianya tidak boleh berlebihan memandang pengambilan berlebihan hanya akan menyebabkan kesakitan pada gigi dan boleh merosakkan daripada e-mel gigi anda. Jadi, hanya menggunakan biasa sahaja.
6. Makanan / minuman yang terbuat dari susu
Sesiapa yang boleh mengira apabila makan makanan / minuman yang terbuat dari susu menjadi petua putihkan gigi yang mujarab. Kandungan kalsium yang dimiliki oleh pelbagai jenis olahan susu ternyata menjadi sangat baik untuk kesihatan gigi, memperkasakan dan memutihkan gigi. Cara ini adalah cara yang paling mudah memandang anda hanya sekadar memakan beberapa makanan / minuman olahan susu seperti keju dan yogurt secara kerap setiap hari. Walau bagaimanapun, jika anda suka susu tulen adalah lebih baik.
7. Pokok pinang
Petua putihkan gigi adalah dengan menggunakan pokok pinang. Buah ini sememangnya sering digunakan oleh orang tua sebagai bahan mentah utama untuk acara perkahwinan. Bukan sahaja dikatakan mampu menguatkan gigi, buah pinang ini juga sebenarnya berguna untuk pemutihan gigi yang berwarna kuning. Caranya semata-mata dengan membakar benih dari pokok pinang hingga hangus dan pukul hingga sebati. Selepas itu, gosok pokok pinang itu dengan menggunakan kain kapas. Adakan rawatan ini dua minggu sekali secara kerap dan lihat hasil yang akan anda dapatkan.

Di samping melakukan beberapa perkara di atas sebagai petua putihkan gigi secara semulajadi dan sihat, anda mestilah menjauhi pelbagai hal-hal yang menjadikan gigi anda menjadi kuning dan tidak putih lagi. Anda juga perlu berterusan dalam melakukan cara-cara tersebut untuk diperoleh hasil secara optimum. Bahan yang digunakan dalam beberapa petua putihkan gigi di atas adalah bahan semulajadi sehingga ia tidak akan menyebabkan kesan sampingan. Jika ada cara yang selamat dan tanpa kesan sampingan, mengapa perlu mengambil risiko untuk menggunakan bahan-bahan berbahaya?