MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor.

Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.

Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.


 Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.


Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.


Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.

Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.

 INSTAGRAM : CSRMBISELANGOR 
INSTAGRAM : THEOFFICIALFRJUNIOR 
INSTAGRAM : ITSFR

 #csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor




Dan paling best dapatlah anak kak lin menggayakan baju sekolah dari Fairuz Ramdan...selesa sangat bila memakai..kain yang bermutu tinggi dan terletak cantik...terima kasih diatas sumbangan ini...diharap dengan adanya program seperti ini dapatlah meringankan beban rakyat.

Magic Sponge Kedai Eco Memang Magic

Korang pernah beli tak magic sponge ni?kalau dah beli mesti tahu kan betapa berkesan nya guna magic sponge ni...kak lin pun baru je kenal magic sponge ni...sejak join group kedai eco tu alahai macam2 idea keluar...pastu yang best badget RM 2.12 jer...sape tak nak kan..

memandangkan semua cakap bagus dan terbaik..kak lin pun terus je beli magic sponge ni..tak sabar nak cuba,betul ke boleh hilang kesan kotoran di bilik air.

Wow....betul uolss...memang berkesan lah..kak lin try cuci kotoran yang bertahun tak boleh hilang..pastu sebelum pakai magic sponge ni try lah berus guna berus bilik air tu...tapi hampa memang tak hilang,dengan rasa berdebar terus je sental guna magic sponge ni....eh eh hilang dengan sekelip mata lah...rasa nak nangis gembira time tu jugak...hihi...



Inilah rupa magic sponge tu harganya RM 2.12 tapi kalau beli di DIY mahal sikit daam RM 3.90 gitu harga dia.boleh ah beli banyak-banyak buat stok..


Sudip ni yang dah lama tersimpan,so kita amek dan keluar kan...


Tengok tu.....berkilat kannnnn,hmmm.. senyum senyum je tengok hasil dia.


Haaa....yang ni daki-daki teh atau kopi kat cawan 


Selepas di sental dengan magic sponge tu....macam cawan baru uolssss...kilat dan silau kan,haha

Lepas ni korang g lah beli barang2 kat kedai eco tu eh....murah2,nak juling mata dibuatnyer...satu je kelemahan span ni.. dia cepat hancur...so pandai2 la korang ejas eh...beli banyak2 tau buat stok...senang korang nak sental pape yang berkarat,tak yah nak susah-susah sangat.

Best Tak Guna Air Fryer?

Best Tak Guna Air Fryer?  Sebenarnya dah lama tau kak lin teringin nak beli Air Fryer ni...banyak google tentang best ke guna AirFryer ni?? rasanya dah bertahun jugak lah mencari info..bila tengok harga jenama yang terkenal tu telan air liur lah jugak haha...mahai bebenooo....so pendamkan lah dulu hasrat tu..
Tapi makin lama,makin membuak bila membaca review kawan-kawan yang mengatakan tak rugi beli Airfryer ni...malah kita bertambah sihat setelah mengurangkan minyak dalam menu seharian kita..ermmm...nampaknya nekad jugak lah beli.
Macam biasa kak lin kan peminat shoping online LAZADA....haha....memang kat sini jelah kalau nak shoping...dah rasa selesa shoping kat sini...suami kak lin pun malas nak layan dah bini dia yang suka shoping online ni hihi....tetiba je kan ada gadget baru sampai kat rumah....pastu dia tanya lah....eh apa ni?????haha kak lin senyum kambing jelah...kak lin cakap...ini orang pompuan punya gadget supaya rajin duk dapur...hahaha...baik punya alasan kan....


Kak lin tunggu 12.12 nak beli Air Fryer ni...masa 11.11 tu kak lin beli Pressure Cooker...banyak dapat diskaun tau...yang AF ni kak lin tengok harga dia 199...pastu turun jadi 169 masa 12.12 wah bagus ni..pastu guna voucher kat lazada tu...tolak dalam 25.00 ringgit gitulah...maka harga nya hanya tinggal 143.65 sahaja...sangat berbaloi uolssss...

Besoknya barang sampai dengan sihat dan sempurna haha...tak tunggu apa dah...terus cuci2 sikit terus lah goreng naget dan fries.....hasilnya memang best tau....garing tanpa minyak...minyak dari kentang tu akan keluar dengan sendiri..


Kentang tu cantik kan....keemasan gitu warna dia...

Berger ni pun terbaik hasil dia...tak keras langsung...malah daging dia lembut didalam


sosej masak cantik...kopok lekor pun masak elok dan garing


Yang ni ayam goreng...yang bertulang tu memang sedap tapi bahagian isi agak kering sedikit.


yang ni telur dadar...180 dalam 10 minit...gebu sangat..puas hati..kalau pakai acuan nonstik lagi cantik hasilnya...

sosej tu patutnya kena kelar2 sikit badan dia...haha...terpecah perut dia sebab kembung sangat..
kopok lekor pun sedap...yang penting rasa tak berubah..

nanti kak lin akan share lagi yang best2 dengan korang...nak try panggang ayam dan goreng ikan pulak..mana lah tau minyak tetiba habis...korang tak lah panik kan sebab ada Air Fryer yang akan menyelamatkan korang hihi...

Harap entry ni dapat membantu kalau2 ada yang nak info tentang AirFryer ni..bye korang...

SYURGA YANG KEDUA

SYURGA YANG KEDUA
Drama Dendam Aurora menerusi Slot Tiara di Astro Prima sudah hampir tiba ke penghujungnya dan tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua gandingan mantap Fasha Sandha,  Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai pelakon utama bakal ditayangkan.
Untuk pengetahuan semua, drama yang dinantikan ramai ini adalah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dan ia berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah.
Drama 70 episod arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan pelakon lain seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA
Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.
JUDUL : SYURGA YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Isnin-Jumaat,6.00 petang
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima & Maya HD)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan

WATAK PELAKON 
Fasha Sandha sebagai Vivy 
Zarul Husin sebagai Daniel
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina

Image result for surga yang kedua

Pengemis Itu Saudara Aku (TV3)

Pengemis Itu Saudara Aku

Jangan lupa saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul berjudul Pengemis Itu Saudara Aku. Dibintangi oleh Izzue Islam, Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada hari Jumaat ini pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : PENGEMIS ITU SAUDARA AKU
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 Disember 2017, 10.00 malam
SIARAN : TV3 (Istimewa Maulidur Rasul)
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Ansar Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah, Izzy Reef, Firdaus Ghufran

SINOPSIS PENGEMIS ITU SAUDARA AKU
Hairi punca sebenar Danish mengemis kerana merebut harta milik keluarga sehingga menyebabkan Danish menimpa kemalangan suatu ketika dahulu. Kini, Hairi ingin memusnahkan kembali hidup Danish.

Apply these updates for your second hand house

Apply these updates for your second hand house

Are you interested in buying a home on your own but buying a newly developed house would be too expensive and you could not afford to buy one yet. Fret not, second hand house could be a good choice as well. There are many houses in Seremban for sale. Many people would see second hand house as being old and would much prefer buying a new house. However, you could apply some updates for your second hand house if you plan to buy one without major renovations that would break your wallet. This article will guide you through some of the updates that your house would need.

1.     1. New carpet
First of all, replace the carpet with a new carpet. A carpet will normally have an estimated of 10 years life expectancy, depending on type of carpet and other factors such as number of family members in the house and pets.

If you notice any wear and tear, stains or odors, it is a sign that you should buy a new carpet and replace the old one. If a carpet is over your budget, consider getting a rug instead. A beautiful rug can beautify the whole living room and it does not have to cost a fortune.

2.     2. New water tank
Check on the water tank to see if there is any leaking. You definitely will not want to wait until it leaks before you decide to get a new hot water tank. Hence, check on the manufacture date or the serial number of the tank to determine its age. As a rule of thumb, a water tank that has been around for approximately 10 years should be replaced.

3.    3.  Ceiling fans
A ceiling fan will normally last approximately 10 years. If you have just bought a second hand house, do consider replacing the old ceiling fans with new ceiling fans. Furthermore, with many new models of ceiling fan out there in the market, you can always take your time to choose the right ceiling fans for your house.

4.      4.Dishwasher
If there is a built in dishwasher, check if there is any crack in it. Or if the dishwasher is no longer carrying out its purpose of cleaning the dishes, do consider investing in a new dishwasher.

With so many new energy efficient models out there, you can consider investing in one and save on the electricity bills in the future.

5.      5.Garbage disposal
A garbage disposal is commonly found in the United States household and it is an electrical powered device installed under the kitchen sink, between the drain and the trap. Its main purpose is to shred food wastes intro small pieces to pass through plumbing.

If you have a garbage disposal installed, you should replace it with a new one if you notice the blades are dull and no longer working well.

6.     6. New washing machine and dryer
Both the washing machine and dryer have a life span of approximate 8 years. If the washing machine and dryer are more than 10 years, it is time to buy a set of new washing machine and dryer for hygiene purpose.

7.     7. Repaint the house
Repaint the house with colors that suit your liking. There are many painting shops around and they could even give you tips on which paint to use on different area such as the outdoors and the indoors. They might even suggest you with colors that will brighten up your house and make it looks as if your house is new.

Therefore, you should start cleaning your house and choose the right color for it. After all, the color of your house will play an important role in enhancing your mood and make your home more livable.

8.    8.  Re-cault the bathrooms
If your second hand house has been around for more than 10 years, you should re-cault the bathtub, the showers and the sinks. It is an easy job and can be done easily to make everything looks better and brighter.

Re-caulking the bathroom yourself is definitely a cheaper option as compared to replacing your bathtub with a new one, which would normally cost a bomb.

9.    9.  Glaze the windows
Glaze the windows. It is a cost effective and easy job as compared to replacing the windows with new ones. Window treatments will bring light into a room and brighten up your space.

In addition, you should also check if there is any leak or crack as well.


In conclusion, you do not need to have a big budget to create a stylish home. There are many updates that could be done easily without spending a fortune on major renovations for your second hand house. Small updates like the above will be sufficient to make your house looking new like those newly developed houses, and most importantly, it is affordable. 

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE

Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk 'Coffee Prince'. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : MY COFFEE PRINCE
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Fahrin Ahmad sebagai Amri 
Daiyan Trisha sebagai Ira 
Faez Azemi sebagai Riduan
Sean Lee sebagai Jia Wu
Syafiq Ahmad sebagai Hadi
Zain Ahmad sebagai Syukri
Sharifah Shahira sebagai Zahara

LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick
SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 
Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.


My Coffee Prince

Sakit Belakang?JONLIVIA® UNISEX PHIRO BACK SUPPORT Boleh Membantu.

Sakit Belakang?JONLIVIA®UNISEX PHIRO BACK SUPPORT Boleh Membantu| Korang ada tak masalah sakit belakang? kak lin sebenarnya dah lama tau sakit belakang,sejak lepas bersalin anak nombor 3 tu makin teruk jadinya,tak boleh nak duduk lama-lama...baring pun tak boleh satu tempat,kena selalu tukar -tukar mencari keselesaan badan..

Keje kita dah la selalu duduk kan...lagi-lagi selalu nak cari idea nak buat entry...jadinya tak berapa nak selesa duduk atas kerusi lama-lama...pernah juga beli  tempat yang support badan letak kat kerusi tu kan...hmmm,tak jalan jugak....

Alhamdulilah ibarat pucuk dicita ulam mendatang,kak lin diperkenalkan dengan satu produk dari JONLIVIA®UNISEX PHIRO BACK SUPPORT. Pertama kali mencuba yaallah selesa sangat....rasa bersyukur tu tuhan jelah yang tahu...memang sangat-sangat selesa uols....kain dia dibuat dari material yang berkualiti dan tak panas.


JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT
KAMI PAKAI BERGILIR-GILIR






Phiro ni lelaki dan perempuan boleh pakai,kak lin bergilir pakai dengan anak kak lin...nampaknya dia pun sangat selesa memakainya...ingat lagi dulu kami pernah beli back support juga...tapi beli yang tak de jenama hahaha...yaampunnn....keras sangat kain dia...pastu bahagian bawah lengan melecet teruk sebab material nya kain yang keras...yaallah serik sangat masa tu...

Betul lah orang kata alah membeli menang memakai...PHIRO back support ni sangat-sangat selesa berada di badan...malah terletak elok dan kain nya sejuk...selesa di pakai sepanjang hari...ketika bersukan pun sangat selesa...

Apakah cara untuk menjaga tulang belakang?
  • Satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur kita. Cara kita berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah penting. Postur yang salah apabila melakukan aktiviti ini boleh mengakibatkan sakit belakang yang berpanjangan.
  • Ada pelbagai senaman yang boleh dilakukan untuk menyokong tulang belakang.  Berjalan dan berenang terutamanya kuak lentang dan menggunakan basikal statik adalah cara-cara yang baik untuk menguatkan tulang belakang.
  • Selain dari senaman aerobik, senaman regangan dan pengukuhan juga perlu dilakukan.
JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT
JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT

Antara kelebihan lain Phiro Back Support ini adalah :
  • Membuatkan anda berasa yakin dan selesa semasa duduk atau berdiri.
  • Membantu membetulkan postur badan dengan betul.
  • Membantu melatih tubuh untuk mengembalikan bahu yang tegap.
  • Membantu memperbaiki Scoliasis  dan Curvatures Spinal Malformed yang lain.
  • Membantu melegakan sakit bahu, sakit belakang dan sakit kepala
  • Membantu meluruskan leher dan menjajarkan tulang belakang, dan.
  • Badan tidak membongkok lagi.
  • Tidak berasa penat walaupun duduk lama di meja.
JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT
SELESA DAN SEDAP DIPAKAI...


Kak lin sarankan korang beli lah phiro back support ni,satu rumah pun boleh pakai tau...malah kalau ada anak2 sekolah pun boleh pakai..almaklumlah masing2 bawak beg berat kan...memang akan ganggu tulang belakang mereka...at least dengan memakai Phiro back support ni,dapat melegakan bahu dan pinggang mereka.


Website : www.jonlivia.com

Untuk pembelian produk Phiro Back Support, boleh dapatkan di laman web seperti di bawah :


Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.

Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.

Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.

Getting around in Singapore is easy and convenient making exploring around Singapore’s historical sites or tourism area is a breeze when you’re staying in the new township of Sunway’s Iskandar new property where getting passports stamp in Singapore is just minutes away. But, exploring for trendy neighbourhood to chill around this island is a challenge. Local islanders know where to hang out, be it new chic café or hidden leisure spots. Let’s check out what trendy neighbourhood Singapore that’s worth visiting.

Woodlands
This hidden north gem has got plentiful of shopping and leisure activities to offer. Back then it is where the American ang mohs resided for the Singapore American School. There is Admiralty Park with diverse mix of secondary forests, mangrove, riverine and open grassland habits, nature lovers can get closer to nature in the park. Crossing the causeway is also easy breezy, making cheap and affordable shopping in Johor Bahru seems worth the time to travel to. Besides, the JB city view from Woodlands is scenic with many new properties mushrooming in JB city centre from Woodlands Waterfront.

Jurong
Let’s head for journey to the west of Singapore, Jurong East. Mind you, there’s Jurong West but most of the happenings are in Jurong East. Besides all the picturesque gardens and Jurong Bird Park, there are array of attractions like Snow City, iMax, Science Centre and Singapore Discovery Centre. Besides, Jurong East itself has four big malls and one warehouse retail. Travelling to Johor Bahru is convenient, thanks to the second link in Tuas where traffic is much less congested. The other side of JB ain’t too shabby as well, there’s Johor Premium Outlet (JPO), Legoland and Hello Kitty Town that is easier to access via Tuas second link. We might as well admire the township planning for Iskandar project especially from Sunway’s new property, another new spot to look out for once the township is completed!

Image result for singapore

Tiong Bahru
The most hipster area in Singapore that most local islanders know about this spot. Tiong Bahru used to be known as ‘meiren wo’ or mistress dens, where the rich hides their mistresses. Today’s hippie playground has been reinvented from it’s nostalgic lanes filled with old school shops. All the good cafés and eateries are known to be from Tiong Bahru. Get your poached eggs or Teochew porridge in Tiong Bahru. After getting your tummy fixed, do stroll down along the lanes that has independent bookstores with unique set ups. And if you’re hungry again, stop by for another bakery or pastry shops to indulge into delish cakes and pastries. Well, if you’d ask us, we highly recommend Tiong Bahru Bakery for their pastries and breads.

Tanjong Pagar
The CBD area in Singapore with quite a number of hidden bars that comes with good atmospheres. Tanjong Pagar was known for the Tanjong Pagar railway station that travels to Malaysia, the KTMB. Today, the train station is being conserved by the Singapore government for future developments. Today, there are many thriving restaurants, cafés, pubs and bars that bring this district to live. Duxton Hill is one of the area that has kept the bars hidden from the bustling main road. The serene area is suitable for groups that would like to wind down for a good catch up drinks. If you are craving for Korean food, say no more, Tanjong Pagar is also known Little Korea. There are as many as 15 Korean food outlets that is sitting within the 300m stretch, spoilt for choices. Getting a property in Tanjong Pagarain’t cheap, be it new private property or resale HDB flats, thanks to the location.

Marine Parade.
What do we associate with Marine Parade besides the East Coast Park? Katong Laksa, Peranakan food and heritage and sea view. This neighbourhood located near the sea is where the easties are proud of. Besides cycling in East Coast Park, we can visit some of the nostalgic shophouses that was built during the British colonial era especially the unique Peranakan cuisine that has been around since then. We can also traced back the Peranakan heritage in Katong through the famous Katong Laksa but be careful as there are many claimed to be the original Katong Laksa. Be sure to bring local Singaporeans to identify the original Katong laksa. Apart from the traditional food, cafés can be easily found located in these old shophouses that also served lattes. Head out to East Coast Park where you can also see new private properties and old HDB flats sitting in front of the sea view making us feeling envious. 


Hopefully this list is sufficient for now to put on the explorer cap and travel around Singapore’s chic neighbourhood. 

COMEL BLOGGER CONTEST

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom uols join contest sulaman comel ni...hadiah best,mana tau ada rezeki kan...nak jugak tuala bersulam- sulam ni hihi

Kepada kak Noor,

SELAMAT HARI LAHIR
Semoga di panjangkan umur,
Di murahkan rezeki
Dikurniakan kesihatan yang baik
Dan di permudahkan segala urusan.
AMINNN.......

Mr Muscle Easy Ironing

Mr Muscle Easy Ironing| Benda paling malas adalah gosok bajuuu...adoiiii bercinta betul lah nak gosok baju..lagi-lagi suami kak lin pakai baju kemeja lengan panjang,memang double troble lah haha...pulak tu kena kain jenis cotton yang tebal tu...ya ampun dah berjurai peluh pun tak nak licin gak....itulah rutin setiap hari ahad,memang gosok baju banyak2 sekali...nak patah pinggang berdiri lama-lama.

Kalau ada budget lebih bolehlah beli iron idaman wanita yang philips tu kan...mahaiii laaa,kalau ada rezeki terpijak bolehlah pejam mata beli kan...hihi.....sementara belum terpijak lagi tu,kita ikhtiar la cara lain yer...haha....

Tadi memang saja g giant nak carik spray baju ni lah...tak perasan pulak sebelum ni MR MUSCLE ada spray iron ni...ingatkan hanya pencuci tandas jek...nampak sangat tak prihatin kan..so terus je ambik jenama ni sebab tak pernah guna jenama ni...pernah jugak beli yang jenis macam sabun tu...alah mcm tak berapa best lah...susah jugak gosoknya...harap buih foam tu je yang banyak.


Mr Muscle Easy Ironing
Mr Muscle Easy Ironing

First try tadi.....wahhhhh....baju jadi licin dan wangi,padahal baju yang kak lin gosok ni memang kedut giler,kain cotton tebal lagi tu...memang sekali gosok tak kan licin tau....2 kali gosok pun serupa tak gosok...rasa give up je nak gosok lagi....

Alhamdulilah misi percubaan berjayaaaa....baju dah senang gosok...bonus baju wangi lagi  hihi...harga pulak dalam RM 12++ ok kan..,berbaloi sangat...lepas ni tak merungut lagi lah gosok baju...senyum je...(yelah tu,lps ni tah apa pulak yg tak puas hati tu)

Mr Muscle Easy Ironing
Perbezaan sebelum gosok dan selepas gosok

Baju ni jenis cotton tebal...2 kali gosok serupa tak gosok....selepas spray menggunakan Mr Muscle Easy Ironing baju terus mudah diurus tak berkedut lagi dah...wah....baik punya promosi kan....MR Muscle kena ambik kak lin jadi Duta tau lepas ni hehehe....

Korang cubalah kalau tak caya....mesti korang pun puas hati nanti,sebelum ni kak lin cuma guna yang pencuci tandas tu,memang berkesan jugak lah....lepas ni bolehlah tengok2 produk Mr Muscle yang lain pulak...


Pulut Kuning Pressure Cooker

Sempena hari minggu ni,marilah kita merajinkan diri ke dapur..saja jelah nak try masak pulut kuning ni guna pc...orang kata mudah dan cepat...

sebelum ni kan,kak lin tak pernah lah masak pulut kuning,padahal anak-anak suka sangat makan pulut kuning,yelah kak lin ingatkan susah nak masak nya,rupa2 nya mudah jer...happy sangat bila dapat ilmu baru hihi,selalunya pulut kuning ni makan dengan rendang daging kan...tapi hari ni kita lawankan pulut kuning dengan kari ayam jer,sebab kat rumah xde stok daging.

betullah korang,mudah sangat masak pulut kuning menggunakan pressure cooker ni,kak lin letak 10 minit jer dah masak...wahhhhh...bolehlah masak hari2 kan....haha,tak delah tunggu ada majlis baru dapat makan pulut kuning ni..


Cara-cara:
Beras pulut 4 cawan 
Air 3 cawan
Santan pekat 1 cawan
Garam
Gula
Daun pandan

Set masa rice p12 tapi kak lin letak p10,guna mood steam pun boleh letak lah 7 minit...kita try n error ye mana yang sesuai.


Dah siap,masak elok dan lembut jer...ada setengah nya,selepas siap baru gaul santan kan.....tapi kak lin campur je semua...tak de masalah pun...kacau2 je sikit pastu tutup periuk.....


Dah sejuk bolehlah dibentukkan...kalau malas cekut-cekut sudah.....haha ikut suka korang lah...sedap uolssss....tapi xeh makan selalu lah pulut ni....angin kan...kembung pulak perut korang nnt...sesekali teringin bolehler buat....

" Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet "


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

Makanan Kegemaran Anak-Anak

Setiap anak mesti ada citarasa masing-masing kan.kalau g kedai tu kak lin(sekarang tukar nama la eh...macam boring jer nama kak lina tu...hehe) tengok asyik order benda yang sama...tak tau lah nape...sama lah cam kak lin ni,asyik order teh ais ngan mee goreng jer...kalau tak minum teh ais jadi ketagih gituuuu...mesti dah kena mandrem dengan mamak ni....haha...


Makanan Kegemaran Anak-Anak
Nasi Komok

Ni makanan kegemaran anak sulung kak lin,dia memang selera tau orangnya...kalau makan tu mesti nak desert dan makanan nya berat-berat....lagi lah kalau nenek dia masak...memang menambah jelah kerjanya haha..Nasi komok tu sedap juga...daging kambing dia memang terbaik...

Makanan Kegemaran Anak-Anak
Pulut Mangga

Yummy.....sape je tak suka pulut mangga ni kan...memang berebut lah kami anak beranak makan...manis nya mangga ituuuu...harganya 7.00 sahaja...okey kan sebab mangga dia besar2...puas hati makan.

Makanan Kegemaran Anak-Anak
Yee Mee Sizzling

Ahaaaaa....yee mee sizzling ni favourite anak bungsu kak lin...dia sorang makan boleh habis tau....memang tak cukup kalau makan berdua...anak bungsu kak lin umurnya 3 tahun...alhamdulilah tak memilih makanan...semua dia bedal...satu je yang dia tak suka...Telur...

Makanan Kegemaran Anak-Anak
Chiken Chop

Anak nombor 2 selera western pulak.....kalau bawak g makan luar memang ni jelah yang dia order...dia tak berapa pemakan orangnya...suka makan yang ringan2 camni...tapi kalau balik sekolah memang makan 2 pinggan....tapi sejak dah lepas sunat haritu nampak selera dia dah semakin bertambah...mungkin duduk rumah je kot..tu yang lapar je hihi....

Kak lin pulak tak delah memilih makanan sangat..apa yang ada tu makan jelah,janji perut kenyang,tapi tulah tak tau camne nak lupakan teh ais tu hahaha.....oklah uols,lapar la pulak tengok menu2 kat atas tu...kena masuk dapur ni selongkar peti ais nak masak apa yang adaaa....hihi